Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2,000 pekerja pelabuhan Terminal Pasir Panjang jalani ujian COVID-19

Lebih 2,000 pekerja pelabuhan di Terminal Pasir Panjang menjalani ujian COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 May 2021 05:44PM Dikemas Kini : 07 May 2021 08:44PM

SINGAPURA: Lebih 2,000 pekerja pelabuhan di Terminal Pasir Panjang menjalani ujian COVID-19.

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan menyatakan ia adalah sebahagian daripada operasi ujian khas yang sedang dijalankan.

Langkah itu dilakukan setelah empat kes COVID-19 baru-baru ini dikaitkan dengan seorang pekerja pelabuhan yang disahkan dijangkiti penyakit itu hampir sebulan lalu.

Kes terbaru melibatkan seorang anggota Perkhidmatan Negara berusia 22 tahun yang disahkan positif pada Khamis (6 Mei).

Beliau tinggal serumah dengan seorang pemandu lori treler yang bertugas di Terminal Brani dan Terminal Pasir Panjang.

Tiga lagi kes dalam kelompok itu juga bekerja di Terminal Pasir Panjang.

Sumber : CNA/NA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa