Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 190,000 warga emas dilatih guna peralatan digital harian, urus ancaman siber

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 190,000 warga emas dilatih guna peralatan digital harian, urus ancaman siber

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo. (Gambar fail: TODAY)

SINGAPURA: Lebih 190,000 warga emas dilatih menggunakan peralatan digital harian untuk mendapat akses antara lain kepada khidmat kesihatan dan untuk membuat urusan online.

Program Transformasi Digital untuk Warga Emas yang dimulakan pada 2020 juga membantu golongan berkenaan mengurus ancaman siber seperti penipuan.

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo memberitahu parlimen bahawa satu tinjauan tahun lalu mendapati sembilan daripada setiap 10 warga emas terus menggunakan kemahiran digital sebulan selepas dilatih.

"Dengan penipuan online menjadi ancaman semakin besar, pelbagai topik dan nasihat bagi warga emas melindungi diri daripada penipuan juga disertakan.

"Pasukan Polis Singapura dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan juga melancarkan usaha pendidikan awam yang luas dan disasarkan. Ini termasuk kempen pendidikan tahunan antipenipuan," kata Cik Josephine Teo pada Selasa (4 Okt).
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan