Skip to main content

Singapura

Lebih 19,000 projek ubah elok rumah dibenar disambung semula selepas tempoh pemutus jangkitan

Lebih 19,000 projek ubah elok rumah yang digantung sebelum ini sudahpun diberikan lampu hijau untuk menyambung semula kerja-kerja tertunggak, menurut Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dalam satu kemas kini pada Sabtu (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 19,000 projek ubah elok rumah dibenar disambung semula selepas tempoh pemutus jangkitan

Gambar fail kerja ubah elok rumah.

Diterbitkan : 13 Jun 2020 03:01PM Dikemas Kini : 13 Jun 2020 03:03PM

SINGAPURA: Lebih 19,000 projek ubah elok rumah yang digantung sebelum ini sudahpun diberikan lampu hijau untuk menyambung semula kerja-kerja tertunggak, menurut Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dalam satu kemas kini pada Sabtu (13 Jun).

Semua jenis kerja ubah elok yang lain akan dibenarkan untuk menyerahkan permohonan bagi memulakan kerja mulai Isnin (15 Jun). Ini termasuk kerja ubah elok rumah yang baru serta kerja ubah elok yang digantung sebelumnya bagi projek-projek perindustrian dan komersil.

Syarikat-syarikat perlu menyerahkan permohonan kepada BCA menerusi laman https://go.gov.sg/bca-reno-construction-accounts jika ia menggajikan para pemegang permit kerja binaan dan pemegang S Pas. Ini sekiranya para pekerja berkenaan tidak disenaraikan dalam permohonan yang diluluskan sebelum ini bagi menyambung semula kerja ubah elok rumah yang digantung.

PROJEK BINAAN

BCA juga menyatakan pada Sabtu bahawa lebih 300 projek binaan sudahpun menerima kebenaran untuk menyambung semula kerja.

Pihak berkuasa juga sedang berusaha untuk membantu firma-firma binaan yang mengendalikan 250 projek lain untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menyambung semula projek dan kerja-kerja binaan dengan selamat, tambahnya.

"Ini penting bagi mencegah satu lagi penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja binaan yang membentuk sebahagian besar kes COVID-19 di Singapura," jelas BCA.

Ia menambah syarikat-syarikat binaan boleh memeriksa sama ada ia sudah bersedia untuk menyambung semula kerja-kerja dengan memanfaatkan satu alat pemeriksaan sendiri di https://go.gov.sg/bca-project-readiness.

"Alat pemeriksaan sendiri itu membolehkan sesebuah syarikat untuk menilai sama ada projeknya boleh memenuhi tiga Kriteria Sambung Semula Kerja Selamat COVID-19 termasuk: Penginapan dan Pengangkutan Pekerja yang selamat COVID-19, Tenaga Kerja yang selamat COVID-19 dan Tapak Kerja yang selamat COVID-19," menurut BCA. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp


Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita