Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 18,000 dos vaksin COVID-19 Nuvaxovid diberikan

5 kes kesan sampingan teruk dilaporkan bagi vaksin COVID-19 Nuvaxovid setakat 31 Ogos, termasuk 4 kes anafilaksis dan 1 kes kesan alahan serius.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2022 07:23PM Dikemas Kini : 19 Sep 2022 09:01PM
SINGAPURA: Lebih 18,000 dos vaksin COVID-19 Nuvaxovid oleh Novavax sudahpun diberikan setakat sehingga 31 Ogos, dengan lima kes kesan sampingan teruk dilaporkan.

Dalam laporan keselamatan vaksin ke-13 pada Isnin (19 Sep), Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan sebanyak 28 aduan kesan sampingan dibuat, yang mana 82 peratus daripadanya - atau 23 kes - adalah tidak serius.

Ini termasuk kesan alahan seperti ruam dan mata yang bengkak, rasa kebas, keradangan saluran darah, pening kepala dan sakit dada.

"Ini sebahagian besarnya konsisten dengan apa yang dilaporkan dalam kajian klinikal atau dengan vaksin-vaksin COVID-19 lain," menurut HSA. Kesan sampingan biasa yang mungkin dialami penerima vaksin termasuk rasa sakit pada tempat suntikan, kelesuan, sakit kepala dan sakit otot.

HSA memberikan kelulusan sementara bagi vaksin COVID-19 Nuvaxovid digunakan untuk individu berusia 18 tahun dan ke atas pada bulan Februari lalu, di bawah Laluan Akses Khas Pandemik.

Singapura mula memberikan vaksin itu kepada orang ramai pada 18 Mei.

Lima kes kesan sampingan teruk dilaporkan setakat sehingga 31 Ogos, termasuk empat kes anafilaksis dan satu kes kesan alahan serius.

"Ini berlaku dalam kalangan individu mudah terdedah yang sebelum ini pernah mengalami kesan alahan atau kesan sampingan terhadap vaksin-vaksin COVID-19 Pfizer/Comirnaty dan Sinovac-CoronaVac serta mempunyai sejarah alahan ubat atau makanan," tambah HSA.

"Semua pesakit sudahpun pulih daripada kesan sampingan teruk."

Penguasa itu juga menyatakan pihaknya sedang memantau kes miokarditis dan perikarditis dengan teliti, sambil menarik perhatian bahawa tiada kes tempatan dilaporkan dalam kalangan mereka yang menerima vaksin COVID-19 Nuvoxovid setakat ini.

Bagaimanapun, ia menyatakan individu-individu yang sudah disuntik vaksin COVID-19 Nuvaxovid harus mengelak daripada melakukan kegiatan fizikal berat atau senaman selama dua minggu selepas mereka menerima suntikan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini bagi mengurangkan kemungkinan risiko miokarditis, jelasnya.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan