Lebih 18,000 berkunjung ke Istana sempena Tahun Baharu Cina
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Istana menganjurkan Rumah Terbuka pertamanya untuk tahun ini, dengan menerima lebih 18,000 pengunjung sempena meraikan Tahun Baharu Cina.
Selain mempelajari lebih mendalam tentang kediaman rasmi presiden, para pengunjung juga disajikan dengan pelbagai kegiatan seperti permainan dan persembahan.
Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Puan Jane Ittogi, membuat penampilan istimewa.
Mereka beramah mesra dengan para pelajar daripada beberapa sekolah setempat yang menjayakan persembahan.
Pengunjung turut berpeluang untuk mengetahui lebih mendalam tentang golongan kurang upaya menerusi reruai yang dikendalikan pelbagai agensi khidmat sosial.
Tersedia juga kegiatan sukan paralimpik untuk dicuba sendiri oleh mereka yang berminat.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.