Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 180 polis dikerah ke kawasan kuarantin di seluruh negara

Lebih 180 pegawai polis dikerahkan ke kemudahan-kemudahan kuarantin pemerintah di negara ini di tengah-tengah penularan virus korona baru atau n-CoV 2019. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Feb 2020 08:19PM Dikemas Kini : 10 Feb 2020 09:01PM

SINGAPURA: Lebih 180 pegawai polis dikerahkan ke kemudahan-kemudahan kuarantin pemerintah di negara ini di tengah-tengah penularan virus korona baru atau n-CoV 2019.

Menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam, pihak polis berada di kawasan kuarantin untuk memastikan undang-undang dan keamanan terjaga di samping memastikan perintah kuarantin dipatuhi.

Para pegawai juga bekerjasama dengan kementerian-kementerian pembangunan negara dan kesihatan untuk memberi sokongan dari segi "keperluan kebajikan" bagi mereka yang dikuarantinkan, kata Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis Julius Lim.

Beliau menambah para pegawai memakai alat perlindungan yang sesuai ketika menjalankan tugas mereka.

Selain menjaga kawasan kemudahan kuarantin dan menjalan tugas biasanya, pihak polis juga, kata Encik Shanmugam, membantu dalam mengesan mereka yang berhubungan dengan individu-individu yang telah dijangkiti virus tersebut.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan