Skip to main content

Singapura

Lebih 1.8 juta lintas Pusat Pemeriksaan Woodlands & Tuas hujung minggu lalu sempena cuti sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1.8 juta lintas Pusat Pemeriksaan Woodlands & Tuas hujung minggu lalu sempena cuti sekolah

Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY

Diterbitkan : 12 Mar 2024 06:29PM
SINGAPURA: Lebih 1.8 juta pelawat melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sempena cuti sekolah dari 7 hingga 10 Mac 2024, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).

Agensi itu berkata kira-kira 495,000 pelawat menyeberangi pusat pemeriksaan darat itu pada 8 Mac, melepasi kemuncak sebelumnya kira-kira 485,000 pelawat pada Ogos 2019, sebelum COVID-19.

Menurut ICA, trafik dijangka kekal sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu sepanjang cuti sekolah pada Mac dan pelawat diminta memeriksa keadaan lalu lintas sebelum memulakan perjalanan. Masa menunggu juga dijangka lebih lama.

"Kami berharap orang ramai dapat memahami dan bersabar dan meminta agar tidak memotong barisan, mematuhi peraturan lalu lintas dan beri kerjasama kepada pegawai di lapangan," menurut ICA dalam kenyataan pada Selasa.

Pihaknya berkata ia akan terus mengkaji semula operasi di pusat pemeriksaannya, memperkenalkan inisiatif inovatif dan memperkemas serta mengautomasikan proses sedia ada untuk pelepasan imigresen yang lebih cepat dan lancar untuk pelancong. 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita