Skip to main content

Singapura

Lebih 170,000 pengunjung dijangka hadiri pameran Navy@Vivo RSN

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Nov 2025 08:49PM Dikemas Kini : 12 Dec 2025 01:03PM
  • Lebih 170,000 pengunjung dijangka menghadiri pameran Navy@Vivo, iaitu satu usaha mendekati orang awam oleh Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).
  • Acara tahun ini turut memaparkan keupayaan baharu RSN dan peranannya dalam kerjasama serantau dan transformasi teknologi.
  • Encik Chan berkata lebih banyak usaha mendekati orang awam akan dianjurkan pada masa hadapan.
  • "Untuk kita mempertahankan Singapura dan menjamin kehidupan serta mata pencarian kita, ia sebenarnya adalah usaha seluruh negara, dan bagi setiap orang memikirkan apa yang boleh mereka lakukan secara peribadi dan menyumbang kepada pertahanan Singapura, saya rasa itu sangat penting."
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Lebih 170,000 pengunjung dijangka menghadiri pameran Navy@Vivo, iaitu satu usaha mendekati orang awam oleh Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).

Ia juga memaparkan peranan RSN yang terus diperluas - dari memastikan keselamatan laluan perkapalan, kepada penggunaan teknologi baharu.

Pameran itu juga merupakan sebahagian daripada acara sempena ulang tahun ke-60 Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Menteri Pertahanan Chan Chun Sing pada Ahad (23 Nov) melawat pameran tersebut, termasuk meninjau kapal RSS Resolution.

Acara tahun ini turut memaparkan keupayaan baharu RSN dan peranannya dalam kerjasama serantau dan transformasi teknologi.

Ia juga mencerminkan peri penting perdagangan maritim serta memastikan hubungan laluan perkapalan yang terbuka.

Encik Chan berkata lebih banyak usaha mendekati orang awam akan dianjurkan pada masa hadapan.

Beliau turut mengulangi peri penting peranan semua warga Singapura dalam pertahanan negara.

"Untuk kita mempertahankan Singapura dan menjamin kehidupan serta mata pencarian kita, ia sebenarnya adalah usaha seluruh negara, dan bagi setiap orang memikirkan apa yang boleh mereka lakukan secara peribadi dan menyumbang kepada pertahanan Singapura, saya rasa itu sangat penting.

"Itulah hubungan paling penting dan paling kukuh dalam ekosistem pertahanan kita, untuk setiap orang memainkan peranan," menurut Encik Chan.

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita