Lebih 17,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam operasi terbesar pada 2025
Kastam Singapura merampas rokok tidak dibayar cukai melibatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak melebihi S$1.87 juta, menurut agensi itu pada Isnin (8 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kastam Singapura merampas rokok tidak dibayar cukai melibatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak melebihi S$1.87 juta, menurut agensi itu pada Isnin (8 Dis).
Ia merupakan rampasan rokok tidak dibayar cukai terbesar sejauh ini pada tahun ini.
Pihak Kastam merampas 17,279 karton rokok tidak dibayar cukai dan sebuah van dalam dua operasi penguatkuasaan pada 30 November dan 1 Disember di Pandan Loop dan Jurong Port Road, menurutnya dalam satu kenyataan media.
Seorang lelaki warga Singapura berusia 27 tahun dan tiga warga India berusia antara 30 hingga 39 tahun diberkas berkaitan rampasan tersebut.
Pada 30 November lalu, para pegawai Kastam menjalankan satu operasi di sebuah bangunan perindustrian di Pandan Loop, di mana mereka terlihat sebuah van berdaftar Singapura berundur ke ruang pemunggahan dan tiga lelaki memindahkan kotak-kotak berwarna coklat ke bahagian kargo kenderaan tersebut.
Pemeriksaan dijalankan dan 2,400 karton rokok yang tidak dibayar cukai ditemui di dalam van yang dipandu oleh lelaki warga tempatan itu.
Selepas disoal siasat lanjut, kumpulan lelaki itu membawa para pegawai ke sebuah unit dalam bangunan berkenaan, di mana lagi 3,195 karton seumpamanya ditemui.
Lelaki-lelaki tersebut diberkas, dan van berkenaan serta sejumlah 5,595 karton rokok tidak dibayar cukainya turut dirampas.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, satu operasi susulan dijalankan pada 1 Disember 2025 di sebuah gudang di Jurong Port Road,” menurut Kastam.
“Para pegawai menemui dan merampas lagi 11,684 karton rokok tidak dibayar cukai yang disimpan di premis tersebut.”
Prosiding mahkamah sedang dijalankan terhadap kesemua empat lelaki itu, menurut Kastam Singapura.
“Kes ini menonjolkan komitmen teguh Kastam Singapura dalam mengesan dan mengekang percubaan mengelak membayar cukai. Dengan tindakan penguatkuasaan yang tegas dan berkesan, semua pesalah yang diberkas akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” kata jurucakap agensi itu.
Jurucakap itu turut menggesa orang ramai supaya menyokong usaha mereka dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan.
Di bawah Akta Kastam dan Akta GST, sesiapa yang disabit kesalahan membeli, menjual, membawa, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielakkan, atau dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan tersebut juga boleh dirampas.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.