Lebih 165,000 pelawat rentas sempadan darat S'pura-M'sia setiap hari sejak 1 Apr
Anggaran Waktu Membaca:

Koswe tatkala waktu senja. (Gambar: iStock)
JOHOR BAHRU: Secara purata, lebih daripada 165,000 orang sudah merentasi pusat pemeriksaan darat antara Singapura dengan Malaysia setiap hari sejak sempadan dibuka semula pada April, kata Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.
Encik Onn Hafiz mendedahkan perkara tersebut semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin (20 Jun) dalam menjawab soalan oleh wakil Stulang, Andrew Chen.
Encik Chen meminta statistik mengenai pergerakan keseluruhan di lintasan sempadan di kedua-dua Kompleks Imigresen Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Linkedua sejak 1 April.
Menteri Besar menjawab: "Kedua-dua koswe dan Linkedua semakin rancak sejak pembukaan semula sempadan pada 1 April. Ia sudah membawa kesan yang positif untuk keluarga yang sudah lama terpisah dan meningkatkan lagi keadaan sosio-ekonomi negeri, terutamanya di Johor Bahru.”
"Purata statistik pelawat yang terdiri daripada warga Malaysia dan warga asing di Kompleks Imigresen BSI adalah sekitar 138,000 setiap hari. Manakala di Kompleks Imigresen KSAB, 28,000 pelawat keluar dan masuk setiap hari".
Ini bermakna sekitar 166,000 pelawat secara purata masuk dan keluar Johor dari Singapura setiap hari.
Beliau menambah bahawa pada tempoh yang sama, sekitar 2.7 juta rakyat Malaysia dan 704,000 pelawat asing merentasi KSAB di Linkedua.
Encik Onn Hafiz berkata bahawa terdapat "kenaikan mendadak" dalam jumlah pelawat sejak 1 April.
"Lantas, kami sudah berbincang dengan semua agensi untuk memastikan usaha serta komitmen yang lebih fokus bagi menjamin imej dan reputasi kerajaan negeri dan persekutuan,” kata beliau.
Menteri besar itu menambah bahawa untuk menangani pertambahan aliran trafik, lebih banyak tenaga kerja dan pegawai sudah dikerahkan ke BSI dan KSAB.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.