Skip to main content

Singapura

Lebih 16,000 warga emas bakal raih manfaat daripada rangka kerja baharu bagi penuaan aktif

Lebih 16,000 warga emas dijangka meraih manfaat daripada rangka kerja baharu yang bertujuan membantu mereka kekal aktif dan menjalin hubungan sosial.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Oct 2026 07:27PM Dikemas Kini : 05 Nov 2026 10:56PM
Over 16,000 seniors to benefit from new active ageing framework
  • Methodist Welfare Services introduced a new framework at its seven Active Ageing Centres in Singapore, which is expected to benefit more than 16,000 seniors.
  • The framework allows seniors to organise their own activities, take part in adaptive sports suited to their physical abilities, and remain active in the community.
  • Programmes such as “Men-Only Happy Hour” help older men exercise, chat and build friendships, while volunteers such as Thomas Choong reach out to those who are isolated.
  • Dr Raymond Leong said the model was developed with seniors and staff, while Ng Chee Meng emphasised the importance of social connections in an ageing society.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Lebih 16,000 warga emas dijangka meraih manfaat daripada rangka kerja baharu yang bertujuan membantu mereka kekal aktif dan menjalin hubungan sosial.

Inisiatif oleh Methodist Welfare Services (MWS) itu akan menjadi panduan bagi program-program yang dijalankan di tujuh Pusat Penuaan Aktif kendaliannya.

Rangka kerja tersebut antara lain memberi peluang kepada warga emas untuk reka sendiri kegiatan yang ingin disertai.

Ia turut memperkenalkan sukan adaptif yang disesuaikan dengan keupayaan fizikal warga emas yang berbeza-beza.

Langkah itu dilaksanakan sedang pemerintah memberi keutamaan kepada jagaan kesihatan, hubungan sosial dan kegiatan bagi menyokong penduduk Singapura yang semakin menua.

DARIPADA PESERTA KEPADA SUKARELAWAN

Antara kegiatan yang dijalankan MWS ialah acara mingguan “Men-Only Happy Hour” bagi warga emas lelaki.

Selain bersenam, para peserta boleh berbual, menjamu selera, bermain dan menjalin persahabatan baharu.

Salah seorang sukarelawan di Pusat Penuaan Aktif MWS GreenTops@Sims Place, Encik Thomas Choong, berkata: “Selepas bersara, kami mengalami pengasingan sosial di rumah. Tidak banyak yang kami lakukan. Kami tidak ada peluang untuk kerap bertemu dengan rakan-rakan.

Encik Choong, yang pada mulanya merupakan seorang peserta, kini menjadi sukarelawan di pusat tersebut.

Selain menganjurkan kegiatan untuk membantu warga emas kekal aktif dan terlibat, beliau turut mendekati warga emas yang hidup terkurung di rumah.

PROGRAM SUKAN ADAPTIF

Pengarah Kumpulan, Khidmat Jagaan Kesihatan MWS, Dr Raymond Leong berkata rangka kerja itu dibangunkan bersama warga emas dan kakitangan pusat.

Menurut beliau, tiga program utama sudah dihasilkan menerusi model tersebut.

Salah satunya ialah program sukan adaptif yang memberi tumpuan kepada keupayaan fizikal setiap warga emas.

Ia bertujuan memberikan mereka asas untuk terus melibatkan diri dalam kegiatan lain.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng berkata usaha sedemikian semakin penting sedang penduduk Singapura semakin menua.

Menurut beliau, selain jagaan kesihatan, hubungan sosial dan kegiatan bagi warga emas juga merupakan satu keutamaan.

Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita