Skip to main content

Singapura

Lebih 16,000 bunga mawar serikan pameran bertemakan cinta di Taman di Pesisiran

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bersiar-siar di sepanjang rumah tradisional Itali sambil menghirup udara harum bunga mawar.

Inilah suasana yang dapat anda nikmati jika anda mengunjungi sebuah pameran bunga bertemakan cinta di Taman Di Persisiran.

'Rose Romance' memaparkan lebih 16,000 kuntum bunga mawar meliputi lebih 70 jenis.

Edisi pameran bunga ini diilhamkan daripada wilayah selatan Itali, Puglia.

Antara ikon kawasan itu ialah 'trulli', iaitu rumah-rumah tradisional yang diperbuat daripada batu kapur dengan bumbungnya berbentuk kerucut.

Bagi pasangan-pasangan mempelai yang inginkan kelainan, mereka boleh melangsungkan pernikahan di Flower Dome.

Ini hasil kerjasama antara Taman Di Persisiran dengan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM).

Menurut Penolong Ketua Pegawai Eksekutif taman ini, slot terhad untuk bernikah di persekitaran ini bagi minggu pertama pelancarannya sudahpun ditempah.

Pameran khas ini berlangsung sehingga 16 hari bulan Julai.

Pengunjung yang ke sana pada hujung minggu ini juga boleh menyaksikan persembahan daripada para penghibur Itali.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita