Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 153,000 ruang solat di 66 masjid untuk solat Aidilfitri tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 153,250 ruang solat di 66 masjid merata Singapura disediakan untuk jemaah menunaikan solat Aidilfitri pada tahun ini.

Sebanyak dua sesi solat akan diadakan - sesi pertama pada 7.30 hingga 8.15 pagi manakala sesi kedua pula pada 8.45 hingga 9.30 pagi.

15 masjid pula akan menawarkan sesi yang ketiga pada 10.00 hingga 10.45 pagi bagi menyediakan lebih banyak ruang solat. Para jemaah yang menyertai sesi solat ketiga tidak perlu menempah slot terlebih dahulu.

15 Masjid itu adalah:
1.Masjid Assyafaah
2.Masjid Abdul Gafoor
3.Masjid Darul Ghufran
4.Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)
5.Masjid Khadijah
6.Masjid Sallim Mattar
7.Masjid Al-Firdaus
8.Masjid Al-Iman
9.Masjid Al-Khair
10.Masjid Ar-Raudhah
11.Masjid Assyakirin
12.Masjid Darussalam
13.Masjid Hasanah
14.Masjid Pusara Aman
15.Masjid Tentera Di Raja

Daripada 66 masjid itu, 60 masjid mengadakan solat untuk jemaah lelaki dan wanita, manakala enam masjid membuka ruang solat untuk jemaah lelaki sahaja. Masjid-masjid itu adalah Masjid Abdul Gafoor, Masjid Angullia, Masjid Hajjah Fatimah, Masjid Tasek Utara, Masjid Al Abdul Razak dan Masjid Khalid.

Orang ramai boleh membuat tempahan slot bermula Khamis, 28 April jam 10.00 pagi menerusi aplikasi Muslim.sg atau lelaman ourmosque.sg/commonspaces.

MUIS menasihati orang ramai supaya membuat perancangan awal dengan memilih slot mengikuti keselesaan mereka dan jika boleh, pilih untuk ke masjid yang kurang sesak yang terletak di luar kawasan perumahan.

Mereka yang berasa kurang sihat atau tidak dapat menghadiri slot solat mereka digalak untuk membatalkan tempahan mereka bagi memberi laluan kepada jemaah lain.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan