Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 15,000 pelajar dilengkapi kemahiran AI di bawah program baru

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jul 2022 06:14PM Dikemas Kini : 28 Jul 2022 08:43AM

SINGAPURA: Terdapat satu program baru untuk melatih generasi pekerja teknologi seterusnya bagi memenuhi permintaan ekonomi digital.

Program itu melibatkan lebih 15,000 pelajar yang berminat dalam kecerdasan buatan atau AI.

Program bagi para pelajar sekolah menengah hinggalah ke institusi pengajian tinggi itu akan dijalankan selama tiga tahun.

Para pelajar akan bermula daripada peringkat asas sebelum maju ke peringkat lanjut.

Mereka akan belajar kemahiran celik AI dan pemprograman sofwe.

Bagi menyertai program berkenaan, para pelajar dari sekolah yang sama harus membentuk kumpulan 10 orang.

Industri teknologi akan mengiktiraf sijil yang diberikan kepada para pelajar dalam setiap peringkat.

Setiap tahun, 500 pelajar dalam peringkat lanjutan mendapatkan sijil profesional dalam pembelajaran mesin daripada Google Cloud.

Sekitar 20 pelajar kemudian akan dipilih untuk mendapat peluang bekerja sambil belajar di AI Singapore.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan