Lebih 1,500 saman pandu laju dikeluarkan secara salah; pemandu terjejas dapat bayaran balik, mata demerit dibatal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 1,523 saman akibat memandu laju dikeluarkan secara salah antara 30 Oktober hingga 8 Disember tahun lalu, selepas had laju untuk tiga kamera penguatkuasaan di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) ditetapkan secara salah pada 70 kilometer (km) sejam berbanding 80km sejam.
Mata demerit bagi pemandu yang terjejas akan dibatalkan.
Bayaran balik untuk sebarang denda yang sudah pun dibayar juga akan diberikan, menurut polis dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataan medianya pada Khamis (5 Feb).
Polis trafik menemui kesilapan tersebut semasa audit berkala pada pertengahan Disember.
"Tiga kamera penguatkuasaan di KPE diuruskan oleh LTA bagi pihak TP, di bawah kontrak perkhidmatan yang lebih besar untuk sistem pengurusan trafik KPE.
"Penetapan had laju yang salah dibuat oleh kontraktor LTA semasa penggantian hadwe pada 30 Oktober," menurut polis dan LTA.
"Kesilapan tersebut telah diperbetulkan dengan segera oleh kontraktor apabila ditemui oleh TP.
"Semua kamera yang memantau kelajuan di KPE yang diuruskan di bawah kontrak perkhidmatan itu telah diperiksa untuk memastikan had laju ditetapkan dengan betul.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, TP juga telah memeriksa semua kamera kelajuan lain di seluruh negara."
Pemandu kenderaan yang terjejas tidak perlu mengambil sebarang tindakan.
Polis trafik akan memaklumkan mereka tentang kesilapan tersebut.
Semua saman dan mata demerit yang dikeluarkan secara salah untuk pelanggaran had laju yang dikesan akan dibatalkan.
Mereka yang sudah membayar jumlah denda akan menerima bayaran balik melalui PayNow atau pemindahan bank.
Sambil memohon maaf atas kesulitan yang ditimbulkan, pihak berkuasa menyatakan: "Kami memandang serius perkara ini dan sedang mengukuhkan pemeriksaan dan kawalan kami untuk mencegah kejadian serupa."
Pemandu kenderaan terjejas yang mempunyai soalan atau kebimbangan boleh menghubungi polis trafik melalui portal maklum balas Pasukan Polis Singapura (SPF).

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.