Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 150 orang tanam 50 pokok sempena peringati ulang tahun kelahiran ke-100 Lee Kuan Yew

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Sep 2023 05:38PM Dikemas Kini : 16 Sep 2023 11:07PM
SINGAPURA: Lebih 150 orang berkumpul untuk memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran mendiang Lee Kuan Yew dengan menanam pokok di Taman Pasir Ris pada pagi Sabtu (16 Sep).

Acara itu dianjurkan oleh Kelab NTUC.

Timbalan Setiausaha Agung NTUC Heng Chee How berkata: "Kami berada di sini hari ini untuk memperingati kehidupan dan pencapaian Perdana Menteri Pengasas kita, nilai dan prinsip yang dipegangnya, dan untuk meneruskan warisannya kepada generasi akan datang.

"Sudah 60 tahun sejak mendiang Encik Lee melancarkan kempen menanam pokok yang pertama pada 1963, dan Singapura sudah mencapai kemajuan besar melalui gerakan hijau kita sejak itu."

Keluarga-keluarga menanam sekitar 50 pokok asli Singapura dan jenis pesisiran pantai.

Pokok-pokok tersebut akan menyumbang kepada gerakan 1 Juta Pokok oleh NParks.

Ia merupakan usaha seluruh negara untuk menanam lagi sejuta pokok menjelang 2030 demi menjadikan Singapura sebuah bandar alam semula jadi.
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan