Skip to main content

Singapura

Lebih 150 firma diiktiraf amal dasar inklusif gajikan pekerja kurang upaya sejak 2020

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 150 pertubuhan mengamalkan dasar inklusif dalam menggajikan pekerja, sejak pergerakan SG Enable melancarkan akreditasi 'Enabling Mark' pada tahun 2020.

Singapura hendak menetapkan matlamat 40 peratus golongan kurang upaya di negara ini, mempunyai pekerjaan menjelang tahun 2030.

SG Enable meraikan ulang tahunnya yang ke-10 pada Jumaat malam (5 Mei) yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat.

Beliau berkata perubahan pemikiran diperlukan bagi merangkum golongan kurang upaya dalam masyarakat.

Di majlis di Marina Bay Sands itu, SG Enable memberi pengiktirafan kepada 67 pertubuhan dan individu kerana usaha mereka menggajikan golongan kurang upaya.

"Orang kurang upaya bukanlah orang yang memerlukan kebajikan. Mereka adalah individu yang mempunyai bakat dan kebolehan, mencari kehidupan yang memuaskan dan bermaruah seperti anda dan saya," kata Encik Heng.

"Sebagai individu dan sebagai anggota masyarakat, kita mesti melakukan anjakan minda – fokus pada kebolehan, dan menjadikan dasar inklusif sebagai norma kehidupan. Inilah semangat untuk menerima kepelbagaian dan meritokrasi yang lebih luas, seperti yang telah kami nyatakan di bawah kompak sosial yang diperbaharui," ujar beliau.
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita