Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 1.5 juta isi rumah mula terima 10 kit ART

Anggaran Waktu Membaca:
00:53 Min
Setiap keluarga di Singapura akan menerima 10 kit Ujian Pantas Antigen (ART) mulai Isnin (18 Jul).
Diterbitkan : 18 Jul 2022 05:15PM Dikemas Kini : 18 Jul 2022 11:14PM

SINGAPURA: Setiap keluarga di Singapura akan menerima 10 kit Ujian Pantas Antigen (ART) mulai Isnin (18 Jul).

Pengagihan kit ujian kendiri secara percuma itu diumumkan pemerintah bulan lalu, sebagai respons kepada jangkitan COVID-19 yang semakin bertambah, dipacu oleh subvarian-subvarian baru Omicron.

Penghantaran kit-kit ART sudah bermula pagi ini.

Penduduk boleh memantau penghantaran kot tersebut menerusi aplikasi SingPost.

SingPost berharap untuk mengirimkan kit-kit ART kepada lebih 1.5 juta isi rumah yang layak dalam tempoh dua bulan.

Dalam catatan di Facebook, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menegaskan peri pentingnya tanggungjawab sosial dalam mengharungi gelombang jangkitan sekarang.

Beliau mengingatkan orang ramai agar melakukan ujian kendiri sebelum bertemu dengan warga emas ataupun mereka yang mudah terdedah kepada jangkitan.
Sumber : CNA/ZM/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan