Lebih 1,400 kakitangan diiktiraf Anugerah Pengangkutan Emas, jumlah rekod dalam sedekad
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 1,471 kakitangan industri pengangkutan menerima pengiktirafan Anugerah Baik Budi Kebangsaan – Pengangkutan Emas tahun ini, iaitu merupakan rekod tertinggi dalam masa sedekad.
Pada tahun lalu, sekitar 1,380 kakitangan menerima anugerah tersebut.
Menurut Pergerakan Baik Budi Singapura (SKM), peningkatan itu mencerminkan penghargaan awam yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan cemerlang para pegawai merentasi pelbagai mod pengangkutan.
Para penerima anugerah diiktiraf di satu majlis penyampaian yang diadakan di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) pada Selasa (18 Nov).
Daripada jumlah keseluruhan penerima, 27 kakitangan disanjungi dengan Anugerah Cemerlang atas perkhidmatan teladan masing-masing.
Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Jeffrey Siow.
Anugerah yang dianjurkan oleh Gerakan Baik Budi Singapura dengan kerjasama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) itu memberi penghormatan kepada kakitangan pengangkutan yang melangkaui tugas mereka untuk membantu orang lain.
Ia juga menjadi galakan untuk meneruskan tingkah laku teladan mereka bagi memupuk masyarakat yang lebih pemurah dan sekitaran lebih selamat.
PEGAWAI SBS BANTU MANGSA PENCABULAN DI TEMPAT KERJA, DIIKTIRAF DENGAN ANUGERAH CEMERLANG
Muhammad Hadi Mazlan, 29 tahun, sudah berkhidmat di SBS Transit Ltd selama enam tahun.
Sebagai Penolong Penyelia Pertukaran Bas, beliau bertanggungjawab dalam rutin seharian operasi bas di Terminal Queen Street.

Ia termasuk melakukan kerja-kerja rondaan dan memastikan bas-bas ulang alik Johor Bahru-Singapura bergerak tepat pada masanya.
Namun pada Disember tahun lalu, beliau mengalami situasi yang menguji ketangkasannya sebagai seorang pegawai.
Encik Hadi berkata: "Hari itu, saya sedang bekerja seperti biasa. Tiba-tiba, pemandu bas Causeway Link mengetuk pintu pejabat dan katakan ada seorang perempuan yang mungkin dicabuli dan meminta tolong. Saya pun memanggil pegawai keselamatan dan pergi ke bas itu, yang biasa di sini. Kami nampak wanita itu yang sedang menangis dan sedang menelefon seseorang."
"Kami mendekati wanita itu dan menanyakan apa yang terjadi. Wanita itu katakan beliau telah dicabuli oleh seorang yang memegang punggungnya. Kami cuba menenangkannya dan membawanya ke pejabat untuk membuat laporan polis," tambah beliau lagi.
Sedang mereka berjalan ke pejabat Encik Hadi, mangsa ternampak si pelaku.
"Saya kejar dan menangkapnya dan membawa lelaki itu ke pejabat saya dan memanggil polis untuk menghuraikan kejadian itu," ujar Encik Hadi.
Atas tindakan cepat dan keberaniannya itu, Encik Hadi dijulang dengan Anugerah Baik Budi Kebangsaan - Pengangkutan Emas dalam kategori Cemerlang.
Encik Hadi berkata: "Saya berbangga diri dapat membantu mangsa pencabulan kerana saya pun tidak ingin perkara yang sama terjadi kepada orang-orang tersayang."
"Ia dalam skop pekerjaan juga untuk sentiasa berwaspada. Kita juga selalu membuat rondaan setiap satu jam di pusat pertukaran ini. Kami memantau untuk ancaman keselamatan dan kerosakan. Ini penting untuk memastikan tempat kerja kita dan Singapura, sentiasa selamat," tegas Encik Hadi.
Dalam satu kejadian lain, Encik Hadi juga membantu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang terpisah daripada ibunya di stesen MRT Kranji.
Mereka sedang dalam perjalanan ke Pusat Imigresen Woodlands pada waktu itu.
Encik Hadi memastikan kanak-kanak itu menaiki bas dengan selamat sehingga bertemu semula dengan ibunya di pusat imigresen.
USAHA PEMANDU BAS PADAMKAN API DI KENDERAAN BERSEBELAHAN JUGA DIIKTIRAF
Seorang lagi pegawai SBS Transit Ltd yang terharu dan berbangga menerima Anugerah Cemerlang Pengangkutan Emas ialah Encik Muhammad Arif Ngadenan.
Sebagai pemandu bas, beliau bukan sahaja bertanggungjawab atas keselamatan para penumpangnya, bahkan orang awam di jalan raya juga.

Pada tahun lepas, beliau tidak berfikir dua kali untuk bantu huraikan masalah dalam satu kejadian di Pasir Ris Drive 1.
Encik Arif berkata: "Apabila saya tiba di lampu trafik ini saya melihat kepulan asap. Saya ingatkan ia daripada pengabusan. Tetapi, saya lihat lori terbakar di bahagian cermin depan. Saya melihat keadaan trafik tidak terlalu sibuk dan lori itu berhampiran dengan laluan lintas trafik, jadi agak berbahaya juga."
Saya mengambil alat pemadam api itu dari bas dan bergegas ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan api. Saya melihat lori itu kosong, tiada sesiapa dan tiada sesiapa yang membantu. Meski rasa takut, saya memberanikan diri untuk menjaga keselamatan awam," ujar Encik Arif.

Selain itu, Encik Arif yang sudah berkhidmat di SBS Transit Ltd juga disanjungi kerana pernah membantu seorang penumpang dengan tenang dan penuh prihatin.
Beliau melihat seorang penumpang warga emas mengalami masalah kesihatan dan menyedari pembantu yang menemaninya mengalami kesukaraan untuk membantu.
Encik Arif lalu menghentikan bas dan menenangkan kedua-dua penumpang tersebut.
Dengan penuh kesabaran, beliau membantu kedua-duanya turun dari bas bagi memastikan keselamatan serta keselesaan mereka.
Sejak anugerah tersebut dipekernalkan pada 1999, lebih 10,900 kakitangan dan pengendali pengangkutan telah diiktiraf.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.