Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 1,400 jemaah SG tunaikan haji tahun ini

Menurut tinjauan BERITA Mediacorp ke atas 8 GSA, seramai 1,407 jemaah haji sudah berlepas ke Tanah Suci

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1,400 jemaah SG tunaikan haji tahun ini

(Gambar: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi/Facebook)

SINGAPURA: Sejumlah 1,407 jemaah haji Singapura berangkat ke Tanah Suci tahun ini.

Ini menurut tinjauan yang dilakukan BERITA Mediacorp ke atas lapan GSA.

Kesemua GSA itu terpilih untuk menawarkan pakej haji yang diluluskan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tahun ini.

Jumlah jemaah itu sekitar 500 lebih banyak daripada kuota rasmi yang diperuntukkan bagi Singapura.
Kumpulan terbesar tahun ini merupakan daripada TM Fouzy Travel and Tours iaitu seramai lebih 430 jemaah.

49 daripada mereka membentuk kumpulan terakhir jemaah Singapura yang berlepas hari ini (10 Jun).

Tahun lalu, Singapura juga diberi kota rasmi seramai 900. Namun, seramai 1,216 jemaah haji dilaporkan berangkat ke Tanah Suci.

Sehingga Januari tahun ini, terdapat 54,000 jemaah yang masih menunggu giliran mereka dalam Sistem Pendaftaran Haji Awal.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan