Skip to main content

Singapura

Lebih 14 pemaju privet ikrar amalkan langkah WSH yang dilaksanakan sektor awam

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 25 Jul 2024 07:05PM Dikemas Kini : 25 Jul 2024 09:28PM
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 14 pemaju privet berikrar untuk mengamalkan garis panduan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau WSH.

Garis panduan itu baru-baru ini dilaksanakan bagi projek-projek binaan atau yang berkaitan dengan binaan bagi sektor awam.

Bermula April tahun ini, para pemaju pemerintah dikenakan peraturan lebih ketat yang memerlukan mereka untuk melantik kontraktor lebih selamat.

Mereka juga perlu memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang menonjolkan prestasi baik WSH.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kini menggesa semua pemaju swasta agar mengikut jejak yang sama.

Berucap di satu forum WSH, Menteri Negara Kanan MOM Zaqy Mohamad berkata para pemaju boleh menggalak kontraktor yang dilantik supaya memupuk sikap mengutamakan keselamatan menerusi spesifikasi pemerolehan projek.

Mengiktiraf kontraktor yang selamat juga memberi isyarat kuat bahawa amalan baik yang dipupuk adalah demi kebaikan perniagaan, tambahnya.

"Kami mahu menekankan bahawa tumpuan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bukan sahaja tentang kos," kata Encik Zaqy.

"Persoalan sebenarnya adalah kos daripada tidak melaksanakan semua langkah ini - kos bagi arahan berhenti kerja, disenarai hitam, risiko reputasi, bil perubatan pekerja yang cedera."

Encik Zaqy turut menekankan betapa setiap nyawa adalah berharga.
Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita