Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 1,300 penduduk raikan Hari Kejiranan Ci Yuan, sambutan terbesar sejak COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih daripada 1,300 penduduk berkumpul pada Ahad (11 Sep) bagi meraikan hari kejiranan Ci Yuan, sambutan terbesar sejak pandemik COVID-19.

Sambutan tahun ini lebih istimewa lagi, dengan karnival air sebagai daya tarikan utama.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyertai sambutan tahunan itu bersama penduduk Ang Mo Kio dan Hougang sebagai menutup tirai musim cuti sekolah bulan September.

Acara itu juga menampilkan inisiatif "Bag-to-School" , satu usaha masyarakat yang mana kanak-kanak menerima barangan sekolah bernilai S$60.

"Konsep asasnya ialah sumbangan daripada penduduk yang mampu, kepada keluarga yang memerlukan lebih banyak sokongan, dan itulah yang sentiasakami usahakan," kata Penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Ang Mo Kio, Darryl David.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan