Skip to main content

Singapura

Lebih 12,000 penganut Hindu sertai perarakan Thaipusam di SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Feb 2023 08:43PM Dikemas Kini : 05 Feb 2023 09:06PM
SINGAPURA: Perarakan Thaipusam diadakan pada skala penuh pada Ahad (5 Feb) dengan lebih 12,000 penganut Hindu menyertainya.

Sejak dua tahun lalu, perarakan Thaipusam diadakan pada skala lebih kecil ekoran COVID-19.

Walaupun skala tahun ini kembali ke paras biasa, sebilangan langkah masih diterapkan demi mengawal kesesakan.

Muzik kembali mengisi jalan-jalan raya sedang para penganut Hindu membawa kavadi sebagai sebahagian daripada tradisi Thaipusam.

Dalam perarakan itu, para penganut berjalan kaki dari satu kuil ke satu lagi kuil sambil membawa susu sebagai persembahan keagamaan mereka.

Antara yang ikut serta termasuklah Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng.

"Thaipusam meraikan kemenangan cahaya dan kebijaksanaan ke atas kegelapan. Saya rasa ini juga ceritanya sejak dua setengah tahun yang lalu, bagaimana dengan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 dan langkah berjaga-jaga tahap tinggi, kehidupan kini kembali seperti normal.

"Ini memang kemenangan bagi kita semua sebagai sebuah negara, rakyat dan pemerintah. Jadi hari ini adalah lebih istimewa," kata Dr Tan.

Bagi ramai penganut Hindu, merayakan Thaipusam sepenuhnya sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu.

"Semasa COVID, kami tidak dapat mengambil bahagian dalam Thaipusam dan saya merinduinya. Akhirnya ia kembali dan saya sangat gembira berada di sini," kata Thiru, seorang penganut Hindu di Singapura.

"Ia suatu acara keluarga dan sesuatu yang kami lakukan bersama dengan keluarga. Jadi saya sangat gembira dan sangat teruja dapat melihat dan kembali menyertai pararakan ini," kata seorang lagi penganut Hindu, Cik Srinidta.

Demi memastikan perarakan ini berjalan lancar dan selamat, para peserta perlu melakukan tempahan slot.

Selain itu, kakitangan keselamatan jalan raya dan pengawal kesesakan jalan raya juga dikerahkan demi memastikan semua peserta terjaga.
Sumber : CNA/DY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita