Lebih 1,200 pekerjaan sektor tenaga bersih akan dicipta dalam tempoh 10 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sektor tenaga bersih di negara ini dijangka mencipta lagi 1,200 pekerjaan dalam tempoh 10 tahun ini.
Ini sedang peralihan Singapura kepada tenaga bersih bertambah rancak.
Demikian menurut satu kajian berkaitan tenaga pekerja bagi sektor tersebut.
Kajian yang dijalankan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) itu turut mendapati kakitangan sektor tenaga bersih memerlukan kemahiran khusus.
Ini termasuk menganalisis data daripada sistem-sistem tenaga boleh diperbaharui.
Mereka juga perlu mengendalikan serta menyenggara loji jana kuasa hidrogen dan ammonia.
Berucap di sebuah forum perbincangan mengenai inovasi tenaga, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling berkata, pemerintah komited untuk membantu memikat individu-individu berbakat serta meningkatkan kemahiran para pekerja dalam sektor tersebut.
"Akan ada permintaan besar bagi pekerjaan-pekerjaan teknikal berkemahiran tinggi seperti jurutera. Pekerjaan yang dijangka akan berkembang pesat, termasuk mereka dalam bidang huraian pengaliran dan pengagihan tenaga elektrik, alternatif-alternatif rendah karbon, hidrogen, tenaga suria semestinya," lata Cik Low.
"Grid, alat pengukur dan alat pengesanan bijak. Pekerjaan-pekerjaan ini menawarkan kerjaya-kerjaya yang menarik buat rakyat Singapura, sedang negara ini dan lebih banyak bandar lain membuat peralihan kepada tenaga bersih," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.