Skip to main content

Singapura

Lebih 1,200 karton, 2,200 bungkus rokok seludup dirampas

Anggaran Waktu Membaca:

Lebih 1,200 karton dan 2,200 bungkus rokok yang tidak dibayar cukai dirampas di Jurong dan seorang lelaki warga China yang berusia 37 tahun turut diberkas. 

Demikian menurut kenyataan media Kastam Singapura pada Selasa (22 Feb). 

Pada 18 Februari, para pegawai Kastam Singapura memeriksa sebuah van yang berdaftar di Singapura di sekitar kawasan Jurong West Street 93. 

Sebanyak 1,200 karton dan 2,200 bungkusn rokok yang tidak dibayar cukai dibalut dengan beg-beg sampah berwarna hitam dan ditemui di kompartmen kargo kenderaan berkenaan, menurut agensi tersebut. 

Jumlah cukai dan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba dielakkan masing-masing bernilai S$123,070 dan S$9,790. 

"Pemandu van itu diberkas dan rokok-rokok yang tidak dibayar cukai dan van tersebut dirampas," menurut Kastam Singapura. 

Prosiding mahkamah sedang dijalankan. 

Membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurus niaga dengan barang-barangan yang tidak dibayar cukai adalah satu kesalahan yang serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST. 

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielakkan, dihukum penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. 

Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan sedemikian juga boleh dirampas. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita