Lebih 12 pusat beli-belah, 2 cawangan IKEA dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit
Lebih 12 pusat beli-belah, 2 cawangan IKEA dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit.

Dari atas, kiri: IKEA Tampines, Century Square, Plaza Singapura dan Jewel. (Gambar: laman IKEA, TODAY, laman CapitaLand dan Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Lebih 12 pusat beli-belah dan dua cawangan IKEA pada Khamis (13 Mei) dimasukkan ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit mereka.
Pusat-pusat beli-belah itu termasuk Parkway Parade, Century Square, Compass One dan Plaza Singapura. Dua cawangan IKEA itu adalah Alexandra dan Tampines.
Beberapa tempat di Jewel Lapangan Terbang Changi, Terminal 1 dan juga Terminal 3 yang sudah ditutup kepada umum di tengah-tengah kenaikan kes yang terkait kelompok lapangan terbang itu juga dimasukkan ke dalam senarai tersebut. Ujian-ujian swab bagi para petugas di lapangan terbang bermula pada Ahad (9 Mei).
Lokasi-lokasi lain termasuk Hospital Besar Changi, Shangri-La Rasa Sentosa, Dewan Sukan ActiveSG Yio Chu Kang, SAFRA Tampines dan pasar raya Giant di 21 Tampines North Drive 2, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Berikut senarai tempat-tempat baru itu:
Senarai tempat-tempat tidak termasuk kediaman, tempat kerja, kemudahan jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.
Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 sudahpun dimaklumkan oleh MOH.
Sebagai langkah berjaga-jaga, individu-individu yang berada di lokasi-lokasi tersebut perlu memantau kesihatan mereka dengan teliti untuk 14 hari dari tarikh kunjungan mereka.
"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau. Maklumkan juga kepada doktor tentang sejarah pendedahan mereka kepada virus," menurut MOH.
Orang ramai tidak perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat tersebut, tambah MOH.
"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)akan membantu pihak pengurusan premis-premis yang terjejas untuk menyediakan garis panduan tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman." menurut MOH lagi.
Singapura melaporkan sebanyak 34 kes baru COVID-19 pada Khamis. Dua puluh empat daripadanya adalah jangkitan dalam masyarakat, dengan 19 terkait kelompok Lapangan Terbang Changi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.