Lebih 12,000 pekerjaan tersedia dalam sektor teknologi, 95% bagi jawatan PMET
Lebih 12,000 pekerjaan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ditawarkan di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited untuk membantu meningkatkan ekonomi digital yang berkembang, menurut Kementerian Tenaga Manusia dalam laporan keadaan pekerjaan terbarunya pada Selasa (24 Nov).
SINGAPURA: Lebih 12,000 pekerjaan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ditawarkan di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited untuk membantu meningkatkan ekonomi digital yang berkembang, menurut Kementerian Tenaga Manusia dalam laporan keadaan pekerjaan terbarunya pada Selasa (24 Nov).
Sejak 2015, 17,000 penduduk tempatan memasuki industri itu, dan pada Jun tahun ini mereka membentuk 71 peratus daripada 190,200 pekerja sektor tersebut.
Mereka adalah individu dalam sektor berkaitan seperti perkhidmatan telekomunikasi dan penyedia perisian, tetapi tidak termasuk pekerja teknologi di bahagian ekonomi yang lain.
Antara April hingga awal November tahun ini, lebih 7,000 pemohon kerja ditempatkan dalam pekerjaan, latihan kerja, penempatan, dan program latihan - menjadikan industri ICT sektor dengan penempatan pkerja tertinggi di bawah inisiatif SGUnited setakat ini.
"Walaupun COVID-19 telah mengganggu ekonomi dan pasaran tenaga kerja, ia juga mempercepat dakapan teknologi digital, yang menjana peranan kerja baru dan meningkatkan permintaan tenaga kerja dalam ICT," kata MOM.
Seramai 2,160 orang mendapat pekerjaan, 1,830 daripadanya adalah golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), manakala 1,970 orang ditempatkan dalam latihan dan penempatan kerja, manakala 3,060 orang ditempatkan dalam program latihan.
SYARIKAT MASIH CARI PEKERJA
Masih terdapat sekitar 12,000 pekerjaan dalam sektor tersebut, menurut MOM, sambil menambah bahawa sekitar 95 peratus daripadanya adalah jawatan PMET, termasuk pembangun perisian dan jurutera rangkaian.
Bagaimanapun, hanya sekitar 30 peratus daripada 12,000 jawatan itu adalah peranan "tech-lite" atau "tech mudah" - pekerjaan yang tidak memerlukan latar belakang atau pengalaman teknologi. Ini adalah peranan seperti spesialis pemasaran digital dan perunding sebelum jualan, yang menurut MOM mungkin "lebih menarik" bagi pencari kerja pertengahan kerjaya.
Baki jawatan memerlukan tahap kemahiran teknologi yang lebih mendalam, kata kementerian itu.
Gaji yang ditawarkan bagi pekerjaan tersebut adalah antara S$3,750 hingga S$6,000 untuk teknisyen komputer, hingga antara S$5,250 dan S$7,500 untuk perunding pengurusan dan perniagaan.
Untuk memperluas lagi tenaga kerja sektor itu, MOM menyatakan bahawa Pemerintah akan menawarkan sekurang-kurangnya 5,500 lagi peluang penempatan pekerjaan sepanjang tiga tahun akan datang.
Orang ramai juga digalakkan supaya mengambil peluang penempatan dan latihan kerja dalam sektor teknologi, dengan menarik perhatian bahawa masih ada sekitar 4,900 jawatan kosong dalam bidang-bidang seperti keselamatan siber dan pembangunan UI/UX.
Dari segi pendidikan, pengambilan kursus teknologi di Institut Pengajian Tinggi meningkat 17 peratus sepanjanj tiga tahun lalu - dengan pengambilan sekitar 7,600 penuntut bagi tahun akademik 2020 - yang akan membantu Singapura "mengekalkan pertumbuhan bakat bermutu dalam tenaga kerja kami ”, kata MOM.
Sepanjang tempoh tiga tahun akan datang, akan ada 750 lagi tempat di bawah Program Penukaran Kerjaya (PCP) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) menawarkan kemahiran baru bagi pekerja yang ada dan menangani keperluan tenaga kerja mereka sebagai sebahagian dari pendigitalan operasi perniagaan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.