Skip to main content

Singapura

Lebih 117,000 sistem di SG diceroboh penggodam tahun lalu: Laporan CSA

Para penggodam menceroboh lebih 117,000 sistem di Singapura pada tahun lalu, iaitu lonjakan sebanyak 67 peratus berbanding 2023, menurut Agensi Keselamatan Siber (CSA) dalam Laporan Landskap Siber tahunannya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Sep 2025 06:47PM Dikemas Kini : 04 Sep 2025 03:46PM
SINGAPURA: Para penggodam menceroboh lebih 117,000 sistem di Singapura pada tahun lalu, iaitu lonjakan sebanyak 67 peratus berbanding 2023, menurut Agensi Keselamatan Siber (CSA) dalam Laporan Landskap Siber tahunannya.

Menurut CSA, lonjakan itu disebabkan oleh kamera-kamera yang digodam, daripada server hingga ke kamera bijak.

Para penggodam mengeksploit sistem-sistem itu bagi menyekat akses kepada perkhidmatan web, atau dikenali sebagai serangan penafian perkhidmatan yang disebarkan (DDoS).

Pada suku akhir 2024, Singapura adalah negara ketujuh paling disasarkan secara global bagi serangan DDoS.

Ia juga adalah sumber ketiga terbesar bagi trafik internet sedemikian, di mana CSA menyatakan adalah kesan akibat daripada menjadi sebuah hab digital.

Badan pemantau itu menambah trend itu mewakili "fakta membimbangkan" bahawa pengguna gagal melindungi diri mereka walaupun ancaman-ancaman siber semakin bertambah canggih dan berleluasa.

Satu lagi keprihatinan utama iaitu perisian tebusan, di mana para penggodam mengunci data dan menuntut wang tebusan untuk melepaskan data itu.

Jumlah kes sedemikian meningkat sebanyak 21 peratus tahun lalu kepada 159 kes, sepadan dengan trend-trend global.

Dua sektor yang paling disasarkan adalah pengilangan dan khidmat profesional, di mana ia meliputi lebih sepertiga daripada keseluruhan kes.

Badan pemantau itu juga menyatakan industri itu adalah sasaran utama kerana ia mengendalikan harta intelek dan data sulit.

Syarikat-syarikat khidmat profesional melaporkan 28 serangan perisian tebusan pada tahun lalu.

Syarikat perunding atau firma guaman terutama sekali disasarkan kerana mereka menguruskan "sejumlah besar" data klien yang sulit.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita