Skip to main content

Singapura

Lebih 111,000 kucing peliharaan di SG sudah dilesenkan sejak peraturan berkuat kuasa Sep 2024

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Aug 2026 08:59PM Dikemas Kini : 17 Sep 2026 08:49AM
  • Lebih 111,000 kucing peliharaan di Singapura sudah dilesenkan sejak rangka kerja baharu pemeliharaan kucing dilancarkan pada 2024.
  • Peraturan itu mewajibkan semua kucing peliharaan dipasang mikrocip dan dilesenkan sebelum tarikh akhir Isnin, 31 Ogos.
  • Alvin Tan menggesa pemilik mematuhi syarat itu kerana ia membantu menjejaki kucing, mengesahkan tanggungjawab pemilik dan memulangkan haiwan hilang.
  • Mulai Selasa, 1 September, kucing tidak berlesen menjadi kesalahan dengan denda hingga S$5,000, selain had dua kucing di flat HDB dan tiga haiwan di rumah privet.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Lebih 111,000 ekor kucing peliharaan sudah pun dilesenkan sejak peraturan baharu pemeliharaan kucing dilancarkan pada 2024.

Rangka kerja itu termasuk mewajibkan semua kucing peliharaan dipasangkan mikrocip dan dilesenkan.

Isnin (31 Ogos) ialah tarikh akhir untuk berbuat demikian.

Menteri Negara Pembangunan Negara Alvin Tan menggesa semua pemilik kucing supaya memastikan haiwan peliharaan mereka berlesen.

Beliau berkata langkah sedemikian membantu meningkatkan usaha menjejaki kucing dan tanggungjawab pemiliknya.

Lantas, ini memudahkan lagi usaha mengenal pasti kucing dan membawanya pulang ke pangkuan si pemilik.

Dengan ini juga, mulai Selasa (1 Sep), adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Haiwan dan Burung untuk memelihara kucing yang tidak berlesen.

Pesalah boleh didenda sehingga S$5,000.

Permohonan baharu juga akan tertakluk kepada had pemeliharaan haiwan.

Mereka yang tinggal di flat HDB boleh memelihara sehingga dua ekor kucing.

Mereka yang menetap di rumah privet pula boleh membela sehingga tiga ekor kucing atau anjing peliharaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita