Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 11,000 orang melepasi pusat pemeriksaan Woodlands & Tuas: ICA

Lebih 11,000 orang melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas setakat pukul 7.00 pagi Jumaat (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 11,000 orang melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas setakat pukul 7.00 pagi Jumaat (1 Apr).

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut ICA, mereka yang melakukan perjalanan dengan berjalan kaki mula beratur di pusat pemeriksaan Woodlands pada pukul 11.00 malam semalam (31 Mac).

Barisan kereta dan motosikal yang beratur panjang juga kelihatan di kedua-dua pusat pemeriksaan.

"Bagi pelawat yang berjalan kaki, ICA mula mengatur mereka lebih awal, mengikut status imigresen.

"Ini membolehkan mereka untuk melepasi imigresen dengan teratur apabila memasuki kawasan pemeriksaan Woodlands.

"Mereka juga boleh menggunakan laluan automatik tambahan di dewan bas," menurut ICA.

Pegawai di pusat pemeriksaan juga dapat menyesuaikan zon motosikal dan kereta mengikut permintaan setiap mod pengangkutan,kata ICA.

"Secara keseluruhan, pelepasan di imigresen berjalan lancar dan tidak lagi ada barisan kenderaan menjelang pukul 1.00 pagi," menurut ICA.

Dalam kenyataan yang sama, ICA juga mengingatkan pelawat supaya menyerahkan Kad Ketibaan SG dan menyediakan bukti vaksinasi sebelum sampai di pusat pemeriksaan.

Pemandu kenderaan berdaftar luar negara juga perlu menyediakan permit kemasukan kenderaan yang sah, emel kelulusan dari Penguasa Pengangkutan Darat dan kad Autopass, menurut ICA.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan