Lebih 100,000 sertai edisi terbesar Raikan Ilmu, MENDAKI meterai kerjasama baharu dengan NLB, British Council
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MENDAKI)
SINGAPURA: Lebih 100,000 orang telah menyertai pelbagai aktiviti di bawah kempen Raikan Ilmu sejak ia bermula pada Jun lalu.
Edisi itu yang terbesar sejauh ini, diperluas ke 11 bandar M³, dengan lebih 100 aktiviti dijalankan sepanjang empat bulan.
Di acara penutup yang diadakan di 1 Punggol pada Sabtu (3 Okt), Yayasan MENDAKI turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) baharu dengan Lembaga Perpustakaan dan Arkib Negara (NLB) serta British Council.
Kerjasama itu bertujuan memperluas peluang pembelajaran serta memperkukuh pembangunan literasi dan bahasa dalam kalangan masyarakat.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Pengerusi MENDAKI, Encik Zaqy Mohamad, berkata kerjasama tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperluas pandangan golongan muda dan memberi mereka lebih banyak pendedahan serta peluang.
Beliau menekankan bahawa meskipun golongan muda mungkin mempunyai bakat dan kebolehan yang sama, tidak semua membesar dengan pendedahan kepada peluang yang serupa.
“Ada yang sejak kecil sudah mengenali jurutera, usahawan dan profesional. Mereka dapat melihat sendiri apa yang boleh dicapai,'' kata Encik Zaqy.
“Ada pula anak yang mempunyai bakat dan kebolehan yang sama tetapi belum pernah melihat jalan itu. Di sinilah peranan kita — membuka jalan, memperluas pandangan, memberi peluang,” tambahnya.
MoU DENGAN NLB GALAK LITERASI, PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Di bawah MoU tiga tahun tersebut, MENDAKI dan NLB akan bekerjasama dalam beberapa inisiatif yang menggalakkan literasi, numerasi dan pembelajaran sepanjang hayat.
Ini termasuk penubuhan kelab kidsREAD di pusat-pusat MENDAKI terpilih, akses kepada sumber bacaan dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, serta peluang laithan bagi kakitangan MENDAKI, sukarelawan dan fasilitator.
"Melalui ReadSG, kami berharap semua rakyat Singapura boleh jadikan membaca satu tabiat harian yang seronok. Kami juga berharap bersama MENDAKI, kami dapat memupuk generasi pembaca yang sentiasa ingin tahu dan yakin diri,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Cik Melissa Tam.
Selain itu, kedua-dua pihak akan meneroka penggunaan ruang NLB bagi program MENDAKI, selain menyokong penyertaan dalam inisiatif membaca dan pembelajaran.
KERJASAMA DENGAN BRITISH COUNCIL PERKUKUH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
Sementara itu, MoU antara MENDAKI dan British Council akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dan memperluas peluang pendidikan bagi penerima manfaat MENDAKI.
Ia bertujuan untuk membantu pelajar mengukuhkan kecekapan bahasa, kemahiran berkomunikasi dan keyakinan mereka.
Kerjasama itu merangkumi program bahasa Inggeris dan pengayaan, ceramah serta bengkel pendidikan, selain peluang pembangunan profesional bagi kakitangan, sukarelawan dan jurulatih Program Pencapaian MENDAKI (MAP).
Selain itu, kedua-dua pihak turut memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menyediakan lima biasiswa setiap tahun kepada murid sekolah rendah yang layak untuk mengikuti program Primary English British Council.
Biasiswa tersebut akan menampung yuran program selama setahun.
“British Council berbesar hati dapat bekerjasama dengan Yayasan MENDAKI sebagai sebahagian daripada komitmen bersama kami untuk membantu pelajar daripada semua peringkat usia memperoleh pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang diperlukan bagi mencapai matlamat pendidikan, kerjaya dan akhirnya, matlamat hidup mereka," ujar Pengarah Negara British Council, Dr Lissy Vadakel.
Mengulas sambutan terhadap Raikan Ilmu tahun ini, Encik Zaqy berkata beliau tersentuh melihat ibu bapa, yang diantaranya merupakan bekas pelajar MENDAKI, kembali bersama anak-anak mereka.
Malah, ada antara mereka yang kini kembali menyumbang sebagai mentor dan sukarelawan.
Menurutnya, ia mencerminkan bagaimana ilmu dan semangat membantu satu sama lain dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
“Dahulu kita dibimbing, kini kita perlu membimbing, dan inilah kekuatan masyarakat kita. Yang sudah berjaya membuka jalan kepada yang mendaki, yang sudah tahu berkongsi ilmu, yang pernah dibantu kembali membantu,” kata Encik Zaqy.

PENGUNJUNG JADI PENYAMPAI BERITA, BERITA MEDIACORP ANJUR BENGKEL BACA BERITA
Raikan Ilmu turut menampilkan reruai BERITA Mediacorp, yang memberi pengunjung peluang mencuba sendiri pengalaman membaca berita seperti seorang penyampai.
Menerusi kegiatan 'Baca Berita', para pengunjung berpeluang membaca skrip berita menggunakan teleprompter di sebuah studio mini.
“Saya rasa kalau usaha ini baik untuk murid-murid. Mereka dapat mencuba, sebab mereka suka dengan apa yang berlaku di televisyen, mereka dapat lihat dan di sini mereka dapat merasakan sendiri bagaimana caranya mereka boleh membaca berita dan bagaimana perasaan pembaca berita itu sendiri,’’ kata guru Bahasa Melayu dari Sekolah Rendah Xingnan, Nur Syahida Paiman.
Selain itu, BERITA Mediacorp turut menganjurkan Bengkel Baca BERITA bagi memberi peserta pendedahan kepada asas penyampaian berita.
Menerusi bengkel tersebut, para peserta dapat mempelajari teknik membaca dan menyampaikan berita dengan lebih berkesan, selain mengenali dengan lebih dekat tugas seorang penyampai berita.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.