Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 100,000 kerja kosong, PMET bentuk majoriti

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu laporan pekerjaan mendapati, keadaan pasaran buruh Singapura yang ketat, sudah mula reda.

Laporan daripada Kementerian Tenaga Manusia itu menyatakan syarikat-syarikat kini mendapati lebih mudah untuk mendapatkan pekerja, setelah sempadan negara dibuka semula.

Namun masih ada kerja kosong dalam sektor-sektor seperti Maklumat dan Perhubungan serta Khidmat Profesional.

Dalam tempoh suku ketiga yang lalu, ada lebih 100,000 kerja kosong.

Jumlah itu hampir 4,000 lebih rendah berbanding suku sebelumnya.

Sungguhpun begitu seiringan dengan peluasan dan penyusunan semula perniagaan, jumlah pekerjaan baru meningkat terutama sekali dalam sektor Maklumat dan Perhubungan.

Jumlah kerja kosong yang paling banyak adalah bagi golongan Profesional, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET). Golongan PMET membentuk 56 peratus daripada jumlah kerja kosong pada 2022. Ini menunjukkan lebih banyak permintaan bagi pekerja yang mahir dalam Maklumat dan Perhubungan, Khidmat Profesional dan kesihatan dan perkhidmatan sosial.
Sumber : CNA/MU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan