Lebih 1,000 rakyat SG dimasukkan semula ke dalam Daftar Pengundi susuli kesilapan elektronik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 1,000 rakyat Singapura sudah dimasukkan kembali ke dalam Daftar Pengundi.
Ini selepas mereka secara silap dimasukkan ke dalam senarai individu tidak layak mengundi pada Pilihan Raya Presiden 2023 meskipun mereka sudah mengundi sebelum ini.
Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing berkata demikian pada Selasa (19 Sep) dalam respons kepada Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh, tentang bagaimana isu tersebut, yang muncul pada Pilihan Raya Umum 2020, akan ditangani.
Antara tempoh Writ Pilihan Raya dikeluarkan dengan Hari Mengundi pada 1 September, terdapat 1,093 rakyat Singapura yang memaklumkan kepada Jabatan Pilihan Raya (ELD) bahawa mereka belum menerima kad undi, meskipun sudah mengundi pada 2020.
Demikian menurut Encik Chan pada Isnin dalam jawapan bertulis kepada soalan parlimen.
Ia adalah kenaikan daripada kira-kira 200 individu yang melaporkan masalah tersebut pada 24 Ogos.
"Kemungkinan besar punca" kesilapan tersebut adalah butiran NRIC pengundi yang terjejas tidak dirakam dengan betul oleh sistem pendaftaran elektronik, yang hanya diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum 2020, kata Encik Chan.

Di Singapura, mengundi dalam pilihan raya diwajibkan bagi mereka yang layak.
Dalam satu lagi soalan parlimen, AP Liang Eng Hwa (PAP-Bukit Panjang) bertanya mengapa ELD tidak mengemas kini daftar tersebut secara automatik selepas setiap pilihan raya, kerana mengundi diwajibkan di Singapura.
"Disebabkan mengundi diwajibkan di Singapura, Akta Pilihan Raya memerlukan nama-nama pengundi yang tidak layak mengundi untuk dihapuskan daripada daftar sekiranya mereka tidak mengundi," kata Encik Chan.
Rakyat Singpaura tersebut harus membayar denda S$50 untuk memasukkan semula nama mereka ke dalam senarai, sekiranya mereka tidak memberi sebab yang munasabah untuk tidak mengundi. Yuran tersebut akan dikecualikan jika mereka memberi sebab munasabah seperti berada di luar negara pada Hari Mengundi.
AP He Ting Ru (WP-Sengkang) juga bertanya sama ada ELD mempunyai data tentang berapa banyak NRIC diimbas semasa Pilihan Raya Umum 2020, berbanding berapa banyak undi yang diterima.
"Ini akan memberi kita petunjuk awal sama ada terdapat percanggahan menjangkaui 1,093 pengundi yang menghubungi ELD untuk memaklumkan bahawa mereka sudah mengundi tetapi nama mereka tidak disertakan dalam daftar," kata Cik He.
Pada hujung setiap Hari Mengundi, terdapat gabungan rekod elektronik serta manual, yang akan digunakan sekiranya sistem elektronik mengalami kerosakan, kata Encik Chan.
"Kita tidak akan segera mendapat angka yang tepat kerana terdapat set data elektronik, yang juga harus diselaraskan dengan set manual," tambahnya.
"Walaupun kita dapat menyelaraskannya dengan segera, ia tidak dapat memberitahu kita dengan tepat siapa individu yang tidak mengundi."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.