Lebih 1,000 pengunjung ke Pameran Gaya Kebaya pada hujung minggu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Pameran "Gaya Kebaya – 130 Tahun" di Kampong Gelam menarik ramai pengunjung sejurus ia dibuka pada Sabtu lalu (18 Nov).
Lebih 1,000 orang telah mengunjungi pameran tersebut pada hujung minggu lalu.
“Pada hari Sabtu, kami menerima lebih 800 pengunjung. Ada yang datang seawal 11.00 pagi” menurut Encik Sufiyanto Amat Sopingi dari Kebaya Societe. Beliau merupakan kurator pameran kebaya vintaj tersebut.
Beliau menambah saking ramainya pengunjung pada hari pertama, pameran yang diadakan di 45/47 Sultan Gate itu hanya menutup pintunya pada jam 8.00 malam walaupun jadual harian pameran ialah 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang.
"Gaya Kebaya – 130 Tahun" berlangsung setiap hari sehingga hari Minggu ini.
Ia dianjurkan bersama BERITA Mediacorp dan One Kampong Gelam.
25 kebaya vintaj berusia puluhan tahun yang dipamerkan merupakan koleksi Kebaya Societe.
Ada pula yang diperlihatkan buat pertama kalinya kepada orang ramai seperti dua pasang kebaya milik Puan Noor Aishah, isteri Presiden Pertama Singapura Yusof Ishak.
Kebaya tersebut pernah beliau gunakan sewaktu acara-acara kenegaraan pada 1960-an.
Beberapa individu yang pernah tinggal di kawasan Kampong Gelam juga meminjamkan kebaya milik ibu-ibu mereka.
Ia sebagai mengiktiraf kehadiran kebaya sebagai busana Melayu sesuai untuk berbagai acara dan dipakai oleh setiap lapisan masyarakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.