Lebih 1,000 penerima bantuan hadiri acara buka puasa PERTAPIS
Anggaran Waktu Membaca:

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di majlis berbuka puasa PERTAPIS di Orchid Country Club, 17 Mac 2025. (Gambar: PERTAPIS)
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata bahawa rakyat Singapura tidak membiarkan konflik di Gaza menghakis kepercayaan dan semangat muhibah antara masyarakat pelbagai kaum.
Sejak konflik itu bermula sekitar setahun setengah yang lalu, rakyat Singapura telah menyumbang lebih S$13 juta bagi usaha bantuan kemanusiaan.
Selain itu, pelbagai kempen kutipan dana turut dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini bagi menyokong usaha tersebut.
DPM Heng berkata demikian di majlis berbuka puasa PERTAPIS di Orchid Country Club pada Isnin (17 Mac) yang dihadiri lebih 1,000 individu daripada keluarga berpendapatan rendah dan penerima zakat.
"Kita tidak boleh sesekali mengambil mudah keharmonian antara kaum dan antara agama kita. Saya berasa gembira melihat pelbagai masyarakat di Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam, mengakui kepentingan memelihara perpaduan sosial dan keharmonian kita dan tidak membenarkan peristiwa luar memecahbelahkan masyarakat kita," kata beliau.

DPM Heng turut memuji usaha PERTAPIS dalam memperluaskan program sokongan bagi membantu masyarakat, termasuk inisiatif kesedaran kesihatan dan bantuan pendidikan.
“Saya ingin memuji PERTAPIS kerana telah membangunkan lebih banyak program bantuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, anda menyediakan akses kepada program kesedaran kesihatan, biasiswa, dan sokongan tuisyen kepada para penerima bantuan,” katanya.
Beliau turut mengakui usaha PERTAPIS sejak tahun lalu dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan di masjid-masjid serta Wisma Geylang Serai sepanjang bulan Ramadan.
Menurutnya, PERTAPIS berhasrat untuk memperluaskan lagi perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin berkembang.
“Keprihatinan serta pelibatan masyarakat telah menjadi faktor utama kejayaan usaha PERTAPIS dalam membantu mereka yang memerlukan,” tambahnya.

Sebagai sebahagian daripada usaha membantu golongan memerlukan, setiap keluarga yang hadir di majlis berbuka puasa itu menerima sumbangan sebanyak S$300.
Jumlah keseluruhan S$150,000 yang diagihkan itu diperoleh daripada sumbangan zakat masyarakat.
Presiden PERTAPIS, Encik Shaharin Nordin, menyatakan bahawa majlis iftar tahun ini merupakan yang terbesar pernah dianjurkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Beliau turut menyifatkan inisiatif ini sebagai satu langkah penting dalam mengukuhkan hubungan dalam masyarakat.
"Kami berharap dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat serta menanamkan nilai keprihatinan dan semangat memberi. Kami ingin menjadikan iftar ini bukan sekadar waktu berbuka puasa, tetapi satu pengalaman yang bermakna bagi semua yang hadir," katanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.