Lebih 1,000 pekerja pertengahan kerjaya beralih ke sektor teknologi sepanjang 3 tahun lalu
Lebih 1,000 pekerja pertengahan kerjaya sudah beralih ke pekerjaan dalam sektor teknologi sepanjang tiga tahun lalu, menerusi Program Peralihan Kerjaya Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI).
Semasa tempoh yang sama, lagi 8,000 pekerja memasuki sektor itu melalui program pemacu kemahiran teknologi yang diterajui oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
Usaha sedemikian bertujuan menambah sebanyak tiga kali ganda jumlah pakar AI kepada 15,000 sepanjang tiga hingga lima tahun akan datang bagi memenuhi permintaan sektor itu yang semakin meningkat sepanjang beberapa tahun akan datang.
"Kami sedang meneliti beberapa pendekatan. Satu adalah untuk meningkatkan kesediaan AI dalam kalangan lulusan teknologi digital dan penerangan, iaitu sekitar 5,000.
"Jadi ini adalah Latihan Sebelum Pekerjaan, PET. Daripada 10,000, 5,000 akan melalui laluan PET, dan lagi 5,000 kami menyasarkan untuk menarik mereka menerusi laluan CET iaitu Latihan Pendidikan Berterusan," kata Menteri Negara Kanan bagi Penerangan dan Pembangunan Digital, Tan Kiat How.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.