Lebih 1,000 klinik GP dibuka semasa Tahun Baharu Cina
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 1,095 klinik doktor keluarga (GP) akan terus beroperasi pada waktu yang berbeza-beza sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (15 Feb).
"Orang awam termasuk kanak-kanak yang berasa kurang sihat sewaktu musim perayaan digalakkan untuk ke klinik GP atau klinik 24 jam bagi sebarang keadaan (kesihatan yang) ringan," menurut MOH dalam satu kenyataan media.
Mereka yang memerlukan rawatan perubatan semasa musim cuti boleh mengunjungi laman GPGoWhere di bawah MOH, yang menyediakan senarai klinik serta waktu operasinya, berhampiran alamat dan poskod yang disertakan.
Menurut laman itu, sebanyak 22 klinik akan beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina itu, dari 16 hingga 18 Februari.
Orang ramai dinasihati supaya membuat janji temu bersama klinik atau menghubungi klinik sebelum mengunjunginya.
MOH menambah bahawa mereka yang mahu mendapatkan nasihat mengenai kemudahan rawatan perubatan yang sesuai untuk dikunjungi, boleh menghubungi talian bantuan NurseFirst, yang beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
MOH turut menasihati orang ramai supaya hanya mendapatkan rawatan perubatan di jabatan kemalangan dan kecemasan hospital, sekiranya berlaku "(situasi) kecemasan serius atau mengancam nyawa seperti sakit dada, sesak nafas dan pendarahan yang tidak terkawal".
"Demi memasitkan khidmat perubatan kecemasan 995 boleh segera menghulurkan bantuan kepada mereka yang berdepan keadaan kecemasan, mereka yang tidak mengalami kecemasan yang mengancam nyawa harus elakkan daripada menghubungi talian kecemasan 995," tambah MOH.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.