Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 1,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas di Tuas

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas di Tuas

(Gambar: Kastam Singapura)

Diterbitkan : 15 Mar 2022 12:19PM Dikemas Kini : 15 Mar 2022 12:21PM

SINGAPURA: Lebih 1,000 karton mengandungi rokok yang tidak dibayar cukai dirampas semasa operasi yang berlangsung pada Sabtu (12 Mac) dekat Tuas South Walk. 

Seorang lelaki warga Malaysia yang berusia 29 tahun turut ditahan, menurut Kastam Singapura dalam satu kenyataan media pada Selasa (15 Mac). 

Para pegawai melihat dua kenderaan, sebuah lori kontena yang berdaftar di Malaysia dan sebuah lori berdaftar di Singapura, diletakkan di tepi jalan. 

Para pegawai melakukan pemeriksaan dan menemui 1,020 karton rokok tidak dibayar cukai dalam lori tersebut. 

"Siasatan menunjukkan bahawa rokok yang tidak dibayar cukai dalam lori berdaftar di Singapura itu dikeluarkan daripada kompartmen yang diubah suai di bahagian lantai lori kontena berkenaan," menurut Kastam Singapura. 

Rokok tidak dibayar cukai dan dua kenderaan tersebut dirampas. 

"Jumlah cukai dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan masing-masing sekitar S$87,100 dan S$6,930," menurut agensi tersebut. 

"Membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan tidak dibayar cukai merupakan kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST," menurut Kastam Singapura lagi. 

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielakkan, dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. 

Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan sedemikian boleh disita. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan