Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 1,000 kadet dari kohort ke-50 ditauliah sebagai pakar, spesialis

Lebih 1,000 kadet dari Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara Republik Singapura ditauliahkan sebagai spesialis dan pakar tentera setelah selesai menjalani kursus intensif selama 22 minggu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 1,000 kadet dari Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara Republik Singapura ditauliahkan sebagai spesialis dan pakar tentera setelah selesai menjalani kursus intensif selama 22 minggu.

Upacara tamat kursus spesialis bagi kohort ke-50 itu diadakan pada skala kecil sehingga 17 Februari ini.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat, yang menjadi Pegawai Pemeriksa majlis tamat kursus pertama semalam (11 Feb), menerusi rakaman video memuji SAF kerana mengekalkan tahap kesediaan operasi yang tinggi di samping menyokong usaha negara dalam memerangi COVID-19.

"Kursus latihan, termasuk di Sekolah Kadet Spesialis, disesuaikan dengan langkah berjaga-jaga kesihatan dan keselamatan yang diperlukan untuk memastikan kesejahteraan anggota tentera dan perempuan," kata Encik Chee.

3SG ZULKARNAIN KAMSANI ANTARA LULUSAN SPESIALIS ARTILERI

Antara kadet yang akan ditauliahkan menjadi Spesialis Artileri pada Rabu depan (16 Feb) ialah 3SG Muhammad Zulqarnain Kamsani, 21 tahun.

3SG Zulqarnain berkongsi dengan BERITAmediacorp, antara kelemahannya dari segi akademik sebelum ini ialah subjek matematik. Dia mengaku tidak konfiden dengan subjek itu dari sekolah rendah hinggalah ke politeknik.

Sedangkan seseorang spesialis artileri perlu banyak menggunakan matematik dalam pengiraan arah dan sudut menembak.

Namun, itu dijadikannya sebagai pemacu semangat dan dia akhirnya mula berminat dengan trigonometri.

3SG Zulqarnain berkata: "Kursusnya memang tentang mengendalikan senjata tetapi ada juga beberapa perkara seperti perlu mengira, supaya kita tahu arah mana hendak menembak misalnya.

"Jadi bila kena buat kira-kira dalam sistem pengiraan, kita perlu banyak pakai pengiraan mental sebab sistem itu tidak boleh buat semua benda untuk kita."

Semasa mula menjalani perkhidmatan negara sembilan bulan lalu selepas lulus dari Politeknik Republik, 3SG Zulqarnain sebenarnya agak ragu-ragu tentang seluruh prosesnya. Namun selepas menjalani BMT dan sebagainya dia menjadi lebih yakin.

"Dari situ saya dapat menyesuaikan diri. Kadangkala memang susah sangat latihannya. Boleh buat memang boleh buat tetapi ada masa yang sangat sukar dan saya bergantung kepada kawan-kawan untuk terus berusaha dan menjalani latihan," kata 2SG Zulqarnain kepada BERITAmediacorp.

Selepas ditauliahkan sebagai Spesialis Artileri nanti, 3SG Zulqarnain berharap akan dapat menjadi peran contoh kepada kadet-kadet lain.

"Apa yang kita tidak mahu orang buat, kita jangan buat. Kita dalam mata mereka adalah peran contoh. Saya akan memberi lebih banyak fokus di mana saya ingin mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada mereka," kata 3SG Zulkarnain.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan