Lebih 1,000 'abang' motor, pemandu bakal kumpul dana bagi TAA Ahad ini

Poster 'Ramadan Charity Ride 2023'.
BERITAmediacorp: Lebih 1,000 'abang' motor dan pemandu daripada lebih 90 kumpulan kenderaan dijangka terlibat dalam acara amal menjelang Ramadan pada Ahad ini (19 Mac).
Dipanggil 'Ramadan Charity Ride', acara amal itu akan bermula di East Coast Park di tempat letak kereta F3 pada pukul 2.00 petang.
Pengerusi penganjur Encik Hazaan Lee Omar memberitahu BERITAmediacorp: "Acara ini demi mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran kepada Tabung Amal Aidilfitri 2023.
"Mereka akan menunggang motosikal atau memandu selama sekitar 20 minit sehingga ke Wisma Geylang Serai."
Acara amal itu juga akan diserikan dengan kehadiran Tetamu Terhormat Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, yang juga suami kepada Presiden Halimah Yacob.
Lebih menarik lagi, ia akan disemarakkan dengan penampilan penyanyi rock Awie dari kumpulan Wings pada pukul 4.20 petang.
"Orang ramai boleh mengalu-alukan persembahan oleh Sangam Boys, persembahan silat dan juga penampilan Awie, selain cabutan bertuah dari Harley Davidson.
"Ia juga demi menyambut menjelangnya bulan Ramadan di Wisma Geylang Serai," kongsi Encik Hazaan lagi.
Acara amal tersebut ditaja WGS dan Wearnes Harley Davidson Singapura serta disokong KURNIA@WGS.
Mereka yang berminat untuk menyertai acara itu boleh mendaftar di pautan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.