Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 100 peniaga Melayu/Islam di Nee Soon bakal disertakan dalam direktori, tingkat peluang berniaga

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 peniaga Melayu/Islam di Nee Soon bakal disertakan dalam direktori, tingkat peluang berniaga

(Gambar: Facebook/Yishun Central Merchant Association )

SINGAPURA: Lebih daripada 100 peniaga Melayu/Islam di GRC Nee Soon akan disertakan dalam sebuah direktori.

Inisiatif peringkat masyarakat tersebut bertujuan untuk mengembangkan jumlah usahawan dan membantu masyarakat.

Ia diumumkan di Bazar Ramadan diadakan di Nee Soon, yang dihadiri kira-kira 800 penduduk.

Sekitar 40 peratus gerai di sana dikendalikan oleh para penduduk sama ada mengendalikan perniagaan dari rumah, atau baru memulakan perniagaan mereka.

Inisiatif tersebut diharapkan dapat memberikan perniagaan satu platform dan peluang untuk membangunkan idea bagi perniagaan mereka.

"Dan pada masa yang sama, kami tahu bahawa penduduk Nee Soon mempunyai semangat kampung yang kuat. Jadi, dengan semangat kampung yang kuat ini, mereka boleh melakukan pelbagai perkara yang hebat bersama untuk membina masyarakat yang bersatu dan membina peluang bagi penduduk Nee Soon tidak kira bangsa, agama atau bahasa," kata Menteri Negara bagi Pembangunan Negara, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan