Lebih 100 penerbangan di Changi ditangguh akibat gangguan IT Crowdstrike pada Julai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 100 penerbangan di Lapangan Terbang Changi ditangguhkan lebih daripada 30 minit, disebabkan gangguan sistem dicetuskan kemas kini perisian Crowdstrike pada Julai, kata Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat pada Selasa (6 Ogos).
Gangguan global tersebut menjejas penerbangan dan lapangan terbang seluruh dunia. Di Lapangan Terbang Changi, syarikat penerbangan terpaksa melakukan proses daftar masuk secara manual, kerana mesin khidmat layan diri tidak dapat berfungsi.
Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Encik Chee berkata: "Lapangan Terbang Changi mengendali 1,000 penerbangan sehari secara purata".
"Disebabkan gangguan sistem tercetus oleh Crowdstrike pada 19 Julai, 108 penerbangan yang dijadualkan berangkat ditangguh lebih daripada 30 minit dan satu penerbangan yang sepatutnya mendarat dibatalkan."
Semasa kejadian berlaku, Changi Airport Group (CAG), syarikat penerbangan yang terjejas dan kakitangan lapangan terbang mengaktifkan pelan kesinambungan perniagaannya, seperti menggunakan proses daftar masuk manual dan menguruskan kesesakan di lapangan terbang, kata Encik Chee.
Sebagai contoh, beberapa perubahan dilaksanakan untuk menjadikan operasi daftar masuk oleh syarikat penerbangan kepada operasi daftar masuk khusus, supaya dapat mengurus penumpang dan mengutamakan penerbangan dengan waktu pelepasan lebih awal.
"Langkah-langkah tersebut membenarkan lapangan terbang dan syarikat penerbangan meneruskan operasi, meskipun pada tahap kecekapan lebih rendah," katanya.
"CAG sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan yang terjejas dan serta kakitangan lapangan terbang untuk menyemak pelan kesinambungan operasinya, dengan mengambil kira perkara yang boleh dipelajari daripada insiden itu, serta bagaimana langkah-langkah sandaran boleh dilaksanakan dengan lebih cekap," tambah Encik Chee.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.