Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 100 keluarga; kenalan beri penghormatan akhir buat mangsa tragedi 'gokart' di Batam

Jenazah seorang wanita Singapura yang meninggal dunia selepas satu kemalangan di Batam, Indonesia selamat dikebumikan di Pusara Aman sekitar 7 malam pada Khamis (22 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jenazah seorang wanita Singapura yang meninggal dunia selepas satu kemalangan di Batam, Indonesia selamat dikebumikan di Pusara Aman sekitar 7 malam pada Khamis (22 Feb).

Allahyarhamha Arini Mohamed Adinan, 33 tahun, meninggal dunia sehari selepas mengalami kemalangan semasa bermain 'gokart' ketika bercuti di Golden Prawn, Bengkong, pulau tersebut.

Jenazahnya dibawa pulang dengan bot laju sekitar pukul 3.50 petang tadi, waktu tempatan dan dibawa terus ke Masjid Pusara Aman setibanya di Terminal Feri Tanah Merah.

(Gambar: Syawal Yusoff)

Apabila BERITA Mediacorp tiba di Masjid Pusara Aman, sekitar 100 ahli keluarga dan teman-teman sudahpun menanti ketibaan jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarhamha Arini dikenang sebagai seorang yang penyayang dan rapat dengan keluarganya.

Antara yang merindui kehilangannya ialah Cik Zaiton Taib.

Cik Zaiton sudah mengenali Allahyarhamha selama lebih 20 tahun dan sudah dianggap sebagai anak angkat.

"(Saya akan ingat Allahyarhamha sebagai seorang yang) ceria, sifat tolong menolong, kebaikannya. Saya tidak pernah lupa. Sejujurnya, Allahyarhamha sentiasa ada. Saat saya sedih, Allahyarhamha sentiasa ada. Walaupun kami jauh, saya masih berhubungan dengannya, tanya Allahyarhamha apa khabar? Saya rindu tetapi apakan daya ini sudah terjadi?" kata Cik Zaiton yang tidak dapat menahan sebak.

(Gambar: Md Akbar International Islamic Casket)

Allahyarhamha telah ke Batam bersama beberapa rakan untuk menyambut hari lahirnya yang ke-33.

Cik Zaiton berkata beliau sempat memberi ucapan hari lahir kepada Allahyarhamha.

Namun, mesej balas yang diterima amat membingungkan.

"(Di Facebook) Allahyarhamha membalas pada saya. Allahyarhamha berkata 'Terima Kasih Ummi'. Tetapi Allahyarhamha susun sepuluh jari dengan emoji menangis. Saya rasa tidak sedap hati," ujarnya.

Allahyarhamha Arini yang bekerja dalam bidang logistik meninggalkan kedua-dua orang tuanya, seorang abang dan adik.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan