Lebih 100 jemaah ikuti tayangan perlawanan akhir Piala Dunia, Qiyamullail di Masjid Sultan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 100 jemaah berhimpun di Masjid Sultan awal pagi tadi (20 Jul) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA antara Sepanyol dengan Argentina.
Program 'Beyond The Final' yang julung kali dianjurkan masjid itu menggabungkan tayangan perlawanan dengan pengisian kerohanian menerusi sesi Qiyamullail dan memperhalusi bacaan Al-Fatihah, sebelum orang ramai berkumpul di auditorium masjid untuk mayaksikan perlawanan yang bermula pada tepat jam 3.00 pagi.
Selesai perlawanan, para jemaah melangsungkan solat Subuh berjemaah sebagai penutup program tersebut.
Menurut Pengurus Dakwah Masjid Sultan, Ustaz Muhammad Syahid Abdul Latif, program tersebut bertujuan menjadikan masjid sebagai jambatan untuk mendekati masyarakat menerusi aktiviti yang dekat dengan minat mereka, sambil mengisi malam itu dengan penghayatan agama.
"Kami mengambil kesempatan ini untuk menjadi satu jambatan untuk mereka datang ke masjid untuk melihat perlawanan Piala Dunia. Namun dalam masa yang sama, kita ingin menjadikan malam itu malam yang penuh bermakna dengan memulakan dengan Qiyamullail."

Beliau berkata, Masjid Sultan juga mahu terus menjadi ruang yang mesra dan relevan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk golongan belia.
"Kami ingin menjadikan masjid ini platform yang relevan untuk semua masyarakat. Semua lapisan umur tidak kira golongan belia mahupun lapisan umur yang lain."
TAYANGAN PERLAWANAN AKHIR DI MERATA NEGARA SATUKAN PEMINAT BOLA SEPAK
Suasana kemeriahan turut dirasai di beberapa lokasi lain di Singapura yang mengadakan tayangan perlawanan akhir tersebut.
Lebih 350 penyokong membanjiri CHIJMES, manakala Sekolah Sukan Singapura melanjutkan waktu bermula kelas kepada pukul 10.00 pagi bagi membolehkan para pelajarnya mengikuti aksi final.
Kira-kira 60 kelab masyarakat dan hab bersepadu turut menganjurkan pelbagai kegiatan sempena perlawanan itu.
Di Hab Tampines Kita misalnya, para penyokong mencipta versi "Kallang Wave" mereka sendiri.
Para penyokong terpaksa menunggu sehingga masa tambahan sebelum Ferran Torres menjaringkan gol tunggal pada minit ke-106, sekali gus menghadiahkan Sepanyol kejuaraan Piala Dunia buat kali pertama sejak 2010.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.