Skip to main content

Singapura

Lebih 100 individu, 15 syarikat diiktiraf bantu cegah 90 kes tipu tahun lalu

Lebih 100 orang dan 15 syarikat mendapat penghargaan dari pihak polis kerana membantu mencegah lebih 90 kes penipuan tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Sep 2020 10:24PM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 10:29PM

SINGAPURA: Lebih 100 orang dan 15 syarikat mendapat penghargaan dari pihak polis kerana membantu mencegah lebih 90 kes penipuan tahun lalu.

Mereka membantu dalam mencegah mangsa-mangsa penipuan daripada kerugian lebih S$5 juta.

Jumlah itu adalah hampir empat kali ganda jumlah yang berjaya diselamatkan hasil bantuan masyarakat pada 2018.

Majoriti kes penipuan yang berjaya dicegah ialah kes penipuan cinta di internet.

10 daripada syarikat yang menerima anugerah siang tadi adalah bank-bank.

Antaranya adalah bank OCBC yang melatih kakitangannya untuk memerhatikan tanda-tanda kemungkinan berlaku kes penipuan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita