Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 100,000 dos vaksin Sinovac sudah tiba di S'pura

Penghantaran baru sebanyak 101,000 dos vaksin Sinovac sudah tiba di Singapura pada Isnin (20 Sep), umum Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100,000 dos vaksin Sinovac sudah tiba di S'pura

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 20 Sep 2021 11:11PM Dikemas Kini : 20 Sep 2021 11:14PM

SINGAPURA: Penghantaran baru sebanyak 101,000 dos vaksin Sinovac sudah tiba di Singapura pada Isnin (20 Sep), umum Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.

Tempahan itu adalah daripada institusi-institusi jagaan kesihatan swasta dan Kementerian Kesihatan (MOH) membantu untuk memudahkan penghantaran tempahan itu di bawah laluan akses khas, menurut Encik Ong.

"(Vaksin ini) akan memanfaatkan individu-individu seperti mereka yang mempunyai alahan terhadap vaksin mRNA," tambah Encik Ong dalam catatannya di Facebook.

Menurut Encik Ong, dua peratus penduduk Singapura sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Sinovac, yang ditadbir oleh MOH serta klinik-klinik privet yang diluluskan.

Menteri itu turut mendedahkan bahawa bekalan baru vaksin itu akan tersedia di sesetengah klinik dalam masa beberapa hari lagi.

Pada Jun, vaksin COVID-19 keluaran Sinovac mendapat kelulusan untuk digunakan di Singapura di bawah laluan akses khas setelah ia diluluskan untuk kegunaan darurat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Melalui laluan akses khas, institusi-institusi jagaan kesihatan swasta boleh membawa masuk vaksin COVID-19 yang tidak berdaftar.

Vaksin-vaksin itu bagaimanapun mestilah dalam senarai kegunaan darurat WHO dan ia termasuk vaksin oleh Johnson & Johnson, AstraZeneca dan Sinopharm. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan