Skip to main content

Singapura

Lebih 10,000 sertai sesi bercerita NLB sejak 'circuit breaker'; pinjaman e-buku lonjak 82%

Lazimnya berapa ramailah yang datang mengikuti sesi bercerita di perpustakaan - mungkin berpuluh atau beberapa ratus sahaja. Namun semenjak tempoh 'circuit breaker' ini, NLB mencatat lebih 10,000 'peserta' sesi bercerita. Kadar pinjaman e-buku juga meningkat lebih 80% bagi satu tempoh 10 hari.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lazimnya berapa ramailah yang datang mengikuti sesi bercerita di perpustakaan - mungkin berpuluh atau beberapa ratus sahaja.

Namun semenjak tempoh 'circuit breaker' ini, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) mencatat lebih 10,000 'peserta' sesi bercerita.

Malah kadar pinjaman buku elektronik atau e-buku dari NLB juga meningkat lebih 80 peratus bagi satu tempoh 10 hari.

WADAH TAMBAHAN ISI MASA LAPANG ANAK KECIL

Selama sebulan di bawah arahan Duduk Di Rumah sejak 7 April, ibu bapa bagi anak-anak kecil khususnya mungkin tercabar juga untuk mengisi masa anak-anak mereka.

Kini, mereka mempunyai satu lagi wadah untuk terus mengisi masa lapang anak kecil mereka - iaitu sesi bercerita online oleh NLB.

"Komen yang diberikan ibu bapa, anak-anak yang menonton sesi bercerita jika ada sesuatu cerita yang amat sukai, mereka akan terus menonton video sesi kami berulang kali dalam talian. Ini adalah sesuatu yang bagus," kata Cik Zubaidah Mohsen, Ketua (Perkhidmatan Bahasa Melayu), NLB.

Sesi bercerita online ini disediakan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil, dengan sesi bahasa Melayu, diadakan setiap Selasa jam 8.00 malam dan Sabtu pada 11.30 pagi.

"Responsnya amat memberangsangkan kerana untuk kegiatan sesi bercerita yang pertama kami melancarkan dalam talian dalam empat bahasa itu, lebih 10,000 pengguna kami sudah menonton. Ini adalah sokongan yang amat kuat buat kami," tambah beliau lagi.

ULAT BUKU MAKIN 'GIAT' MEMINJAM

Selain daripada kegiatan bagi kanak-kanak, NLB juga meningkatkan aplikasi mudah alihnya dengan menawarkan pinjaman bagi 8,000 e-buku tanpa had tempoh pinjaman.

Ia meliputi genre fiksyen hinggalah ke buku-buku popular yang lazimnya sukar untuk anda pinjam dari perpustakaan secara fizikal.

Sejauh ini, kadar pinjaman bagi buku sedemikian melonjak 82 peratus bagi tempoh 4 hingga 13 April berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Memindahkan program-program tertentu ke wadah digital, memberikan kami lebih banyak peluang untuk memberikan pengguna sokongan meneruskan kegiatan membaca dan juga pembelajaran sepanjang hayat dari rumah," kata Cik Zubaidah lagi kepada BERITAmediacorp.

Beliau menambah bahawa usaha-usaha dipertingkatkan NLB ini juga akan dilanjutkan selepas tempoh pandemik COVID-19.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita