Lebih 1 juta pengunjung ke pameran SG60 Heart & Soul Experience
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih sejuta orang sudah mengunjungi pameran unggul SG60.
Angka itu melebihi jangkaan 400,000 pengunjung untuk sepanjang tempoh pameran itu diadakan.
Pameran SG60 Heart&Soul Experience atau Pengalaman Jiwa dan Raga dilancarkan kira-kira dua bulan lalu.
Pameran itu menghimpunkan lebih 110 rakan kongsi bagi menyingkap kembali sejarah negara sambil mendorong pengunjung membayangkan masa depannya.
Dalam satu catatan di Facebook, Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo berkata pameran itu meraikan perjalanan yang dikongsi oleh para penduduk Singapura sebagai sebuah negara dengan penuh emosi.
Tambahnya, kebanyakan pengunjung memberi markah 4 daripada 5 bagi pameran tersebut.
Slot pengunjung pada hujung minggu selalunya habis ditempah dan lebih 120,000 tiket sudah pun dikeluarkan bagi bahagian pameran yang memerlukan tiket.
Antara kegemaran para pengunjung termasuk satu pameran sejarah Singapura, dan evolusi bidang komunikasi.
Para pengunjung juga boleh menikmati penggunaan penceritaan secara imersif dan Kecerdasan Buatan (AI) generatif, yang memberi bayangan masa depan Singapura.
Pameran yang berlangsung di Library@Orchard itu berterusan sehingga akhir tahun ini.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.