Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 1 juta isi rumah tebus baucar CDC dalam tiga minggu pertama ia dilancarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1 juta isi rumah tebus baucar CDC dalam tiga minggu pertama ia dilancarkan

(Gambar: Grace Yeoh/CNA)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 11:02PM Dikemas Kini : 26 Jan 2023 12:41AM

SINGAPURA: Lebih sejuta keluarga rakyat Singapura sudah menebus baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) mereka dalam tempoh tiga minggu selepas ia dilancarkan, kata Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling pada Rabu (25 Jan). 

Jumlah itu merangkumi lebih 80 peratus keluarga di Singapura, kata Cik Low, sambil menambah bahawa kadar dan kelajuan baucar itu ditebus menunjukkan skim itu "disambut baik". 

Skim Baucar CDC 2023 yang merupakan agihan ketiga baucar itu dalam bentuk digital, dilancarkan pada 3 Januari. 

"Kami menerima maklum balas positif dan memberangsangkan kerana jumlah ini adalah jumlah yang ditambah," kata Cik Low sewaktu segmen temu bual Tech Talk di CNA938. 

Setiap keluarga rakyat Singapura diberikan S$300 yang boleh digunakan di kedai-kedai kawasan kejiranan, gerai-gerai penjaja dan lima rantaian pasar raya. Setiap keluarga diberikan S$100 sewaktu agihan baucar secara digital sebelum ini.

Memberikan kemas kini mengenai dua agihan baucar yang lalu, Cik Low - yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Datuk Bandar dan Datuk Bandar bagi Kawasan Barat Daya, berkata 97.5 peratus daripada 1.22 juta keluarga rakyat Singapura sudah menebus baucar berjumlah S$222 juta. 

Baucar berkenaan "banyak membantu" membiayai perbelanjaan isi rumah rakyat Singapura, ujar Cik Low. 

"Pada waktu yang sama, cara ia direka dengan kerjasama GovTech dan banyak lagi agensi pemerintah lain, ia sebenarnya memangkin perbelanjaan di perusahaan di kawasan kejiranan dan juga pusat penjaja," tambahnya. 

Skim itu melibatkan 20,300 peniaga dan penjaja di merata Singapura, menurut Cik Low lagi. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan