Lebih 1,600 penduduk raikan ulang tahun ke-30 Chong Pang
Lebih 1,600 penduduk disajikan dengan pelbagai permainan menarik sepanjang hari ini (2 Sep) di Pusat Masyarakat Chong Pang.
SINGAPURA: Lebih 1,600 penduduk disajikan dengan pelbagai permainan menarik sepanjang hari ini (2 Sep) di Pusat Masyarakat Chong Pang.
Acara itu diadakan sempena sambutan 30 tahun sejak daerah tersebut dibentuk.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam, yang sudah menjadi Anggota Parlimen di kawasan itu selama tiga dekad, dihadiahkan dengan sebuah buku berisi pelbagai kenangan.
Encik Shanmugam berkata, ikatan yang terjalin bersama para penduduk banyak membawa perubahan kepada dirinya - sesuatu yang beliau anggap paling bernilai.
Seorang penduduk yang ditemui, Selina Salleh, mengongsi perubahan yang disaksikannya selama ini. "Kami nampak perbezaan. Kalau dahulu Yishun ini dipanggil 'ulu' sebab tidak ada kegiatan atau sesuatu yang boleh kita banggakan. Tapi, Alhamdulillah, sekarang kita sudah ada Northpoint City - sesuatu yang dapat kita kongsi bersama penduduk Singapura," kata beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.